Adakah anda pernah mengalami situasi dimana jumlah trafik yang masuk ke website E-commerce anda sangat rendah. Kemudian, anda mula buat carian di enjin carian seperti Google bagaimana cara untuk naikkan angka trafik ke website dan anda ternampak ramai yang menyatakan bahawa ianya dapat dilakukan jika anda menambah baik SEO di dalam website. Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan SEO ini?
SEO yang juga disebut sebagai Search Engine Optimization bermaksud pengoptimum enjin carian atau betapa mudahnya Google mencari website anda. Ianya dapat menentukan kedudukan website ketika dibuat di enjin pencarian seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.
Kenapa website anda perlu mempunyai SEO?
Sekiranya anda mempunyai website, blog atau E-commerce, SEO dapat membantu anda mendapatkan trafik yang disasarkan secara percuma dari enjin pencarian. SEO sangat penting kerana apabila website anda berjaya berada di carian teratas, ianya akan meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap kredibiliti website tersebut.
Bagi pemilik bisnes yang mempunyai bisnes online, sangat disarankan untuk anda memastikan website E-commerce anda mempunyai SEO kerana semakin tinggi kedudukan website anda di halaman pencarian, semakin banyak klik dan trafik yang dihasilkan oleh website anda.
Bagaimana SEO berfungsi?
Sebagai contoh, apabila anda membuat carian sesuatu di Google, anda akan dibawa ke halaman hasil enjin carian (SERP),
Di halaman ini juga anda akan menjumpai sepuluh carian organik (merah) dan hasil iklan berbayar (purple) seperti ini,
SEO untuk E-commerce adalah untuk memastikan halaman produk anda muncul di antara sepuluh hasil carian organik. Sudah semestinya terdapat lebih banyak halaman untuk diterokai:
Tetapi, anda harus ingat jika semakin tinggi nombor halaman anda diraih, semakin rendah trafik yang anda hasilkan. Sebagai contoh, produk yang berada di halaman yang pertama akan mendapat trafik yang lebih tinggi berbanding dengan produk yang berada di halaman kedua dan seterusnya.
Untuk membolehkan produk anda dijumpai oleh bakal pelanggan, anda mestilah mengenal pasti istilah carian yang mungkin digunakan oleh bakal pelanggan anda.
Cuba anda perhatikan bahawa kata kunci bagi E-commerce adalah berbeza daripada kebanyakan kata kunci yang telah anda baca dalam talian. Kenapa? Sebilangan besar laman web mementing kan kata kunci maklumat seperti ini:
Sebaliknya, anda ingin menghasilkan kata kunci komersial seperti ini untuk E-commerce:
Bolehkah anda melihat perbezaannya? Blog dan laman web yang berat kandungan mementingkan kata kunci seperti ways, strategy dan information. Manakala, laman web E-commerce pula mementingkan kata kunci komersial yang mendorong pelanggan untuk membeli.
Cara lain yang anda boleh gunakan juga adalah menggunakan Google. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari maklumat berkaitan E-commerce dan mula menaip carian anda, Google akan mencadangkan pertanyaan yang berkaitan seperti ini:
Di bahagian bawah halaman, anda juga akan melihat beberapa pertanyaan carian yang berkaitan:
Jadi, anda juga boleh menggunakan kata kunci ini sebagai salah satu idea dalam menghasilkan kata kunci yang bakal dicari oleh pelanggan.
Di mana anda boleh meletakkan kata kunci di dalam SEO?
#1 Tajuk halaman (page titles)
Mengoptimumkan tajuk halaman adalah sebahagian daripada SEO teknikal, dan merupakan titik permulaan yang baik ketika menggunakan kata kunci untuk SEO.
Tajuk halaman menerangkan subjek utama halaman anda dan muncul sebagai baris pertama dari entri hasil carian untuk memberi tahu Google dan ini menyebabkan pelanggan tahu halaman tersebut sebenarnya mengenai apa.
Praktis terbaik semasa menulis tajuk halaman adalah menggunakan kata kunci SEO sasaran atau frasa kata kunci anda pada awal tajuk halaman. Itu akan memastikan website anda dilihat lebih relevan.
#2 Penerangan meta (meta description)
Kawasan penting seterusnya untuk penggunaan kata kunci untuk SEO adalah penerangan meta. Ini muncul sebagai bahagian kedua dari entri hasil carian.
Walaupun keterangan meta bukan lagi faktor peringkat langsung, ia dapat membantu Google menentukan seberapa relevan kandungan anda dengan apa yang dicari orang.
Penerangan meta juga membantu pencari membuat keputusan untuk membuat klik dari hasil carian untuk melihat kandungan penuh di laman web anda.
#3 URLs
URL terbaik memberi pengunjung – dan Google – petunjuk tentang apa yang ada di halaman, jadi anda ingin menjadikannya deskriptif. Ini bermaksud menggunakan kata kunci SEO di URL.
Amalan terbaik adalah memastikan URL pendek, dan memasukkan tidak lebih dari satu atau dua kata kunci dengan cara yang menjadikan URL masuk akal bagi orang yang berkunjung.
Bagi pengguna Shoppegram, pihak Shoppegram sendiri telah menyediakan built in features bagi memudahkan pengguna yang berpengetahuan lebih untuk menkonfigurasi sendiri bagaimana ingin memastikan SEO snippet ini akan dipaparkan pada halaman di enjin carian.
SEO snippet adalah hasil carian tunggal yang dipaparkan di dalam satu set hasil carian dan secara umumnya ia terdiri daripada tajuk, URL dan keterangan bagi halaman tersebut.
Di dalam SEO snippet ini, anda boleh letakkan kata kunci di bahagian page title, description dan url website bagi memastikan ia muncul di enjin carian pengguna nanti.
Tutorial cara tetapkan SEO snippet di dalam Shoppegram: Klik Sini