Anda tahu tak sebenarnya ada banyak jenis produk digital yang boleh dihasilkan untuk jana pendapatan secara online, tanpa sebarang kos yang tinggi. Bahkan, ada juga produk digital yang boleh dihasilkan secara percuma.
Dalam artikel kali ini, saya nak share apa itu produk digital dan apakah cara terbaik untuk menjualnya.
Sebelum tu, apa yang dimaksudkan dengan produk digital ni? Okay, produk digital adalah satu produk secara maya yang boleh wujud di atas talian, komputer maupun telefon pintar. Antara contoh produk digital adalah video panduan, ebook, software, seminar live dan banyak lagi.
Mesti anda familiar kan bila saya dah sebut antara contoh produk fizikal ni, betul tak? Kalau nak buat produk digital ni, ada banyak sahaja cara sebab produk digital ni kita boleh create based on expertise dan skill yang kita ada.
Tapi, untuk hari ni, saya nak fokus terus kepada 3 jenis produk digital ni sahaja. Iaitu Ebook, video panduan dan seminar live.
Jadi, ebook ni apa sebenarnya?
Ebook ni adalah buku yang disusun atau diubah menjadi format digital untuk dipaparkan di komputer atau telefon bimbit. Atau, dalam bahasa mudah, ebook ni sebuah buku dalam bentuk elektronik yang mana kebanyakannya berbentuk file pdf je.
Biasanya orang akan buat ebook ni, mereka akan ada 2 sebab ni sahaja. Yang pertama, self publication. Maksudnya, dia publish ebook untuk dijual. Yang kedua, ebook ni mereka guna sebagai salah satu strategi dalam marketing. Contohnya, anda buat bisnes consultant, dan anda nak dapatkan lead yang banyak.
Jadi, anda boleh buat ebook berkenaan strategi dalam bisnes dan masukkan ke dalam website anda. Jadi untuk prospek dapatkan ebook percuma ni, mereka kena masukkan butiran yang anda perlukan seperti email dan nombor telefon.
Dekat sini kiranya dah jadi win-win situation. Sebabnya, prospek dapat tahu strategi bisnes yang anda share dalam ebook. Manakala, anda pula dapat akan dapat maklumat mereka yang anda perlukan untuk guna pakai dalam strategi marketing di masa akan datang.
Video panduan ni apa pula?
Okay, video panduan ni adalah satu konten yang mana ia disampaikan dalam format video.
Sekarang ni, kita dah hidup dalam zaman DIY. Yang mana, orang mahu belajar bagaimana cara nak melakukan sesuatu secara sendiri daripada upah orang lain.
Macam kami di Shoppegram, kami pilih untuk buat video panduan dalam bentuk tutorial kepada semua pengguna. Yang mana, dalam video panduan ni, kami dah sediakan tutorial lengkap dari A-Z cara untuk bina website ecommerce sendiri menggunakan sistem Shoppegram tanpa perlu ada pengetahuan teknikal tinggi.
Pengguna hanya perlu tonton dan follow video panduan step by step sahaja. Mudah kan?
Jadi video panduan yang telah anda hasilkan ni boleh upload di youtube dan privatekan ia supaya orang luar tidak dapat akses, hanya orang yang dapat link itu sahaja boleh tonton video tersebut.
Lepas dah upload tu boleh lah anda terus menjual dengan harga yang anda suka. Siapa yang dah buat bayaran, anda boleh bagi terus link pada mereka untuk tonton video tersebut.
Senang je kan?
Jenis produk digital yang ketiga pula adalah seminar live.
Seminar live ni adalah seminar berasaskan web yang diajar secara langsung dalam masa nyata oleh tenaga pengajar di atas talian. Dalam seminar live ni, peserta akan terus dapat lihat dan dengar apa yang diajar oleh tenaga pengajar.
Tak seperti seminar dalam bentuk fizikal, seminar live adalah tempat dimana peserta terus dapat berinteraksi dengan pengajar dengan menghantar mesej melalui chat sewaktu seminar berlangsung.
Mereka juga dapat berbual antara satu sama lain melalui mikrofon yang ada di laptop/ telefon masing-masing ataupun melalui chat box. Dekat sini, peserta terus dapat terlibat secara langsung, dan juga memberi maklum balas segera kepada penyampai.
Cara ni secara tak langsung telah bantu bina hubungan antara peserta dengan tenaga pengajar sebab ianya dikira sebagai two way communication.
Sebagai contoh, anda seorang grafik designer yang berpengalaman lebih 10 tahun, jadi anda boleh buat satu seminar live yang mana anda akan mengajar peserta bagaimana cara untuk hasilkan design grafik yang menarik hanya dengan menggunakan software yang tidak terlampau teknikal seperti Canva, dan anda boleh kenakan bayaran kepada mereka yang berminat untuk join kelas anda ni.
Cara ni lebih mudah dari membuat video panduan, kerana anda tidak perlu habiskan masa untuk rekod video, edit video dan upload dekat youtube.
Anda hanya perlu tentukan apakah modul-modul dan topik yang nak disampaikan, dah terus boleh jual seminar anda ni.
Best kan?
Kenapa perlu jual produk digital?
Jadi lepas anda dah kenal tentang jenis-jenis produk digital ni, anda kena lah tahu kenapa patut anda jual produk digital ni…
Seperti yang anda dah tahu, produk digital ni tak perlukan modal yang tinggi. Sebabnya, produk digital ni boleh dicipta dari skill yang anda ada sahaja. Kalau nak compare dengan produk fizikal, anda mesti kena keluarkan kos modal yang tinggi mengikut jenis produk yang anda jual. Ni belum lagi masuk kos yang lain-lain seperti operation, logistik dan sebagainya.
Tapi, jika anda jual produk digital, anda tak perlu keluarkan apa-apa kos langsung. Selain itu, anda juga dah jimat tenaga dari segi logistik sebab produk digital, tak memerlukan anda untuk membuat penghantaran produk langsung.
Semuanya boleh buat secara online sahaja. Sebagai contoh, kalau anda jual ebook, anda hanya perlu menghantar link dekat email pelanggan untuk mereka download kandungan ebook tersebut.
Produk digital juga tak memerlukan anda untuk simpan inventori. Ini kerana, anda hanya perlu hasilkan 1 sahaja produk. Contohnya, kalau anda pilih untuk jual produk digital dalam bentuk seminar live, anda cuma hanya perlu sediakan modul berkenaan topik yang ingin diajar semasa seminar sahaja.
Jadi, dekat sini anda dah jimat masa dan tak perlu nak pening kepala lagi untuk buat modul yang berbeza. Melainkan, anda mempunyai banyak seminar live, barulah anda perlu buat modul berbeza. Itupun hanya perlu buat sekali sahaja. Senang kan?
Dari segi keuntungan jual produk digital pula, anda akan dapat margin penuh. Kenapa? Macam yang saya katakan tadi, produk digital ni dibuat based on kemahiran yang kita ada. Jadi, dekat sini anda tak perlu keluarkan modal langsung. Bila kos modal pun 0, mestilah anda akan dapat margin penuh. Betul tak?
Bila dah ada produk digital sendiri, anda boleh pilih sama ada nak simpan produk digital ni dekat mana. Sebagai contoh, anda boleh simpan dalam google drive, dropbox, youtube atau Ecommerce.
Tapi satu perkara yang anda perlu ingat adalah, cara yang terbaik yang anda boleh guna pakai untuk jual produk digital ni adalah dengan menggunakan Ecommerce. Mesti anda terfikir, kenapa perlu guna Ecommerce untuk menjual, betul tak?
Ecommerce ni sebenarnya akan memudahkan anda untuk buat promosi kepada pengguna. Dalam Ecommerce, ada banyak features yang boleh anda gunakan untuk tawarkan promosi untuk produk digital.
Antaranya, features kupon kod, one time offer (OTO) dan thank you page offer (TYPO). Sebagai contoh, kalau anda nak buat tawaran upsell kepada pelanggan, anda boleh gunakan features OTO yang ada dalam website Ecommerce.
Dengan menggunakan features ni, anda boleh cipta satu tawaran khas kepada pelanggan hanya sekali sahaja selepas mereka memasukkan maklumat diri di bahagian checkout page. Tawaran ini kalau pelanggan anda lepaskan, ianya tak akan muncul lagi walaupun mereka berpatah balik ke page OTO untuk grab offer ni.
Kalau anda masih tercari-cari Ecommerce provider mana yang sesuai untuk jual produk digital, anda boleh guna Shoppegram. Sistem Shoppegram direka khas untuk seller online yang menjual produk fizikal, dan juga digital. Setiap features yang dibina mempunyai fungsi tersendiri yang akan membantu anda memudahkan urusan jual beli 100% secara automatik.
Sebagai contoh, jika anda ingin menjual produk digital dalam bentuk Ebook, anda boleh create produk khas untuk Ebook dan letakkan link ebook tersebut di bahagian ‘Files’ yang ada di dalam section produk.
Bila pelanggan dah buat pembayaran, mereka akan terus dapat email secara automatik yang mengandungi link yang akan membolehkan mereka download kandungan Ebook yang dijual oleh anda.
Jadi, dekat sini, kerja anda akan lebih mudah. Sebab, dah tak perlu email pelanggan satu persatu lagi semata-mata nak bagi link download ebook tersebut.
Nak jual produk digital ni sesuai sahaja kalau anda nak jimatkan kos dari segi operation sebab produk digital ni tak perlukan anda untuk simpan dan hantar produk seperti produk fizikal.
Hanya perlu tahu apakah skill kita yang paling value dan cara untuk menjualnya, itu sahaja dah cukup untuk bantu anda mula bina produk digital sendiri. Kalau ada sebarang soalan nak tanya berkenaan dengan topik ni, anda boleh terus tinggalkan komen dekat bawah.