Pernah tak anda mengalami situasi dimana apabila pelanggan membuat pembelian, tetapi mereka membayar dengan jumlah yang salah?
Kemudian, anda terpaksa meminta pelanggan untuk membuat pembayaran bagi jumlah yang sebenarnya kembali, tetapi pelanggan terus bluetick kan anda sahaja.
Mesti anda mula rasa frust kan? Ini belum lagi apabila anda terpaksa semak satu persatu wang yang masuk setiap kali ada pembayaran daripada pelanggan.
Sebab itulah wujudnya payment gateway ni supaya masalah-masalah macam ni tak berlaku lagi dan juga untuk memudahkan urusan jual beli.
Payment gateway ni sebenarnya satu merchants services diwujudkan untuk menghubungkan antara 2 pihak. Dalam bahasa mudahnya, macam orang tengah la.
Yang mana, ia akan membenarkan pemprosesan kad kredit/debit atau pembayaran secara langsung untuk website Ecommerce, mobile app atau jika ada sebarang urusan jual beli secara online.
Untuk pengetahuan semua, payment gateway ni ada banyak dan anda bebas untuk pilih yang mana satu atau anda nak gunakan semua sekali pun boleh.
Antara contoh payment gateway yang ada di Malaysia sekarang adalah Securepay, Stripe, Billplz dan banyak lagi.
Jika anda nak berniaga dengan Ecommerce, anda wajib implement payment gateway di dalam website anda.
Kalau tak, memang anda kena Whatsapp sorang-sorang lah untuk mintak mereka transfer duit secara manual untuk pembelian.
Jadi saya tak nak bercerita panjang tentang hal teknikal, jom kita teruskan dengan tajuk kita iaitu kenapa bisnes online wajib ada payment gateway?
Yang pertama sekali, dengan adanya payment gateway ini, proses transaksi akan lebih cepat.
Kalau guna cara manual seperti Whatsapp, apabila pelanggan ingin membuat pembayaran, mereka perlu mendapatkan nombor akaun terlebih dahulu daripada anda.
Bayangkan jika ada 30 pelanggan serentak meminta nombor akaun anda? Mesti kita mula rasa penat nak reply satu persatu.
Dari sudut pelanggan pula, mereka akan pilih untuk berlengah-lengah sebelum membuat pembayaran dan akhirnya mereka tak jadi nak beli.
Bila anda dah gunakan payment gateway, apabila pelanggan masuk sahaja ke dalam website, mereka terus dapat pilih produk dan boleh proceed ke bahagian checkout untuk buat pembayaran.
Kan lebih mudah macam ini?
Dah tak perlu susah payah untuk bagi nombor akaun dekat pelanggan untuk minta mereka buat pembayaran lagi.
Jadi sebab tu lah dengan kombinasi payment gateway dan website ecommerce ni, transaksi pembayaran tu lebih cepat.
Yang kedua, dengan menggunakan payment gateway juga, urusan urusniaga akan lebih selamat.
Ini kerana, untuk pendaftaran payment gateway, ianya memerlukan maklumat SSM anda.
Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan SecurePay atau Billplz di dalam sistem Shoppegram, anda perlu sertakan sekali maklumat SSM dan akaun semasa sewaktu pendaftaran.
Bagi pemilik bisnes yang tidak mempunyai SSM, anda boleh juga menggunakan payment gateway seperti Bizappay tetapi ianya tidak digalakkan kerana atas faktor undang-undang yang ada di Malaysia.
Jadi, apabila pelanggan membuat pembelian menggunakan payment gateway ini, urusan urus niaga akan lebih selamat kerana pemilik website tidak boleh melakukan sebarang penipuan terhadap pengguna.
Ini akan menyebabkan pelanggan tidak merasa ragu-ragu untuk melakukan urusan jual beli dengan anda kerana mereka boleh menghubungi pihak payment gateway itu sendiri sekiranya terdapat sebarang keraguan dan kemusykilan terhadap transaksi yang telah mereka lakukan.
Yang terakhir sekali, mempunyai sistem pembayaran secara online ini bermaksud kedai anda akan sentiasa dibuka 24 jam.
Pelanggan boleh terus membuat pembelian walaupun pukul 3 pagi selagi bank tidak tutup akses online mereka.
Berbanding jika anda menggunakan whatsapp, masa untuk pelanggan untuk membuat pembelian adalah terhad kerana anda tidak semestinya sentiasa mempunyai masa untuk membalas whatsapp pelanggan hingga ke pukul 2, 3 pagi.
Untuk pengetahuan anda semua, kebiasaan orang gunakan payment gateway dan website mereka terpaksa log in di dua tempat untuk lihat nilai duit yang masuk ke akaun bank kita.
Tetapi di Shoppegram kami dah siap buatkan semua itu untuk anda terhad kepada siapa yang gunakan Securepay sahaja. Padu kan Shoppegram?
Ini bermakna, anda tidak perlu login ke dalam akaun Securepay semata-mata ingin melihat transaksi wang yang masuk ke dalam akaun anda.
Kesimpulannya,dengan adanya payment gateway ni, sedikit sebanyak akan dapat memudahkan urusan kita yang tengah buat bisnes online.
Tambah lagi,urusan jual beli akan jadi lebih mudah sebab close sales boleh dibuat secara automatik terus.
Dan, kita sebagai seller online pula boleh fokus kepada perkara lain seperti marketing, operation dan sebagainya daripada asyik fikir cara nak close sales dengan customer guna cara manual lagi.