Sebelum anda siapkan sales page, salah satu elemen yang penting adalah anda perlu bina offer yang menarik supaya tidak kerugian prospek.
Pernah tak anda pergi ke sales page untuk membeli satu produk (A) ini, dan bila anda scroll sampai bawah, anda dapati yang brand ni tawarkan pula produk lain (B) yang sesuai dengan produk (A). Dan tawaran itu pula dengan harga yang menarik, tidak lah mahal sangat.
Anda pun tertarik dan terus membeli!
Jadi bagaimana nak bina tawaran yang buatkan orang rasa bersemangat untuk membeli ni?
1# Ringkaskan tawaran anda
Jangan bagi prospek keliru. Tawaran anda sepatutnya jelas, ringkas dan mudah untuk difahami.
Tawaran yang bagus adalah tawaran yang prospek tak perlu ambil masa lebih dari 2 saat untuk berfikir sama ada mereka berminat atau tidak.
Contohnya, anda jual alat solek untuk wanita, seperti lipstik dan pemerah pipi. Kemudian anda tawarkan pula berus alat solek untuk prospek gunakan dengan pemerah pipi itu. Dengan itu, anda dah selesaikan masalah prospek dengan tak perlu beli berus alat solek di tempat lain dah.
Tambahan lagi, anda mestilah tawarkan produk yang sesuai dengan satu sama lain. Tak kan lah nak jual pemerah pipi, tiba-tiba lagi satu tawaran padankan dengan T-shirt pula. Apa kena mengena?
Prospek pun garu kepala.
#2 Cipta tawaran yang berharga dan penting untuk target market anda
Apa guna anda cipta tawaran tapi prospek tak berminat untuk tebus tawaran itu?
Jadi, kaji balik target market anda. Apa yang mereka minat dan tidak minat. Anda perlu berikan tawaran yang prospek mahukan, baru lah mereka tak lepaskan peluang untuk membeli.
Bila anda dah cipta tawaran yang anda yakin, letak diri anda di tempat prospek, kalau anda, anda nak beli tak dengan tawaran itu?
Mencipta tawaran yang mustahil untuk ditolak, akan menimbulkan lebih banyak minat dari prospek dan ini akan mempengaruhi trafik, jualan, dan branding anda.
#3 Dapat selesaikan masalah prospek
Siapa je tak nak hidup tanpa masalah?
Selepas anda kenal pasti target market anda, mesti anda tahu apa masalah yang prospek nak selesaikan tentang mereka sendiri.
Ini adalah peluang untuk anda cipta tawaran yang memang prospek tak kan lepas kerana anda boleh selesaikan masalah mereka.
Contohnya seperti berus alat solek untuk wanita yang saya sebut tadi, prospek dah selesai satu masalah untuk tak perlu beli berus alat solek di tempat lain pula.
Ok next, tawaran yang menarik bukan satu-satunya faktor yang mempengaruhi conversion rate anda. Butang CTA (Call to Action) pun memainkan peranan juga.
Butang CTA (Call to Action) ini adalah butang yang prospek klik apabila mereka berminat dengan produk anda dan dah bersedia untuk lakukan tindakan yang seterusnya.
Anda tak perlu pun tulis butang CTA yang panjang-panjang dan mengelirukan prospek dengan apa yang mereka patut buat seterusnya. Lagi mudah tindakan yang perlu dilakukan, lagi besar kemungkinan prospek akan berrmotivasi untuk melakukannya.
Gunakan ayat-ayat aktif di butang CTA anda seperti “DAPATKAN SEKARANG” atau “DAPATKAN EBOOK HARINI INI” untuk menaikkan lagi mood prospek untuk membeli.
Ataupun, anda boleh beritahu prospek terus dengan hasil yang mereka akan dapat sekiranya mereka membeli produk anda. Contohnya “Hilangkan Berat Badan Dalam 6 Minggu” atau “Dapatkan Kereta Idaman Anda Dalam 3 Bulan”.
Butang CTA tak terhad kepada satu cara, anda boleh jadi lebih kreatif lagi. Yang penting, apabila prospek tekan link, anda bawakan mereka ke tempat yang mereka betul-betul boleh dapatkan produk anda.
Jangan bawa prospek ke tempat yang lain dan bazirkan masa mereka.
Contohnya, butang CTA katakan “DAPATKAN EBOOK HARINI INI”, apabila prospek tekan, paparan menunjukkan tentang video panduan pula. Ini akan bazirkan masa prospek dan mengelirukan mereka. Dan boleh buat prospek hilang kepercayaan dengan brand anda.
Kesimpulannya, nak buat E-commerce ni anda memang perlu fikirkan setiap perkara dengan terperinci. Silap satu benda, terus akan memberi kesan kepada conversion rate.
Tapi bila anda tak putus asa dan dah jumpa tune yang sesuai untuk bisnes anda. Percayalah, hasilnya tu memang akan nampak dengan ketara.