Automasikan Bisnes Anda Dengan Sales Page!

Anda pernah terfikir tak, 

“Sampai bila nak reply Whatsapp customer?” 

“Masa habis reply customer je, bila nya nak urus order? Masa untuk keluarga?” 

“Kerja keras habis dah, tapi tak kan lah sales takat ni je?”

Kalau anda nak tahu, ada cara yang lebih mudah untuk anda scale up kan bisnes dan lonjakkan sales anda. 

Cara itu adalah dengan… Automasikan bisnes anda dengan sales page! 

Sales page digunakan untuk menjual satu produk atau satu jenis produk sahaja.

Dengan adanya sales page, anda boleh close sale pelanggan dengan cepat dan mudah kerana segala informasi tentang produk akan diberitahu dalam sales page anda. 

Daripada ciri-ciri produk, kebaikan produk, dan hinggalah ke jaminan dan kelulusan produk anda. 

Anda mungkin juga tertanya, apakah perbezaan antara menjual di marketplace seperti Shopee atau Lazada dengan menjual di website sendiri? 

Ini kerana mana-mana niche bisnes pun, dengan adanya website sendiri, ia akan memberikan impak yang lebih besar terhadap sukses bisnes tersebut. Zaman sekarang ini semua benda di hujung jari, prospek pun semakin bijak dalam membeli. Untuk tidak membuang masa, prospek akan mengunjungi website terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa pembelian.

Jadi, kenapa anda perlu automasikan bisnes dengan website sendiri?

1# Bina kredibiliti untuk brand anda 

Tidak dinafikan, bukan anda seorang sahaja yang menjalankan bisnes online. Ramai lagi pesaing anda yang menjual produk yang sama. Oleh sebab itu, anda perlu ada website sendiri untuk paparkan visi bisnes dan dapatkan kredibiliti terhadap bisnes anda. Ini akan membuatkan prospek lebih yakin dengan produk yang anda sediakan dan membuat impresi pertama yang hebat terhadap brand anda.

Tanpa website sendiri, prospek mungkin akan meragukan kredibiliti bisnes anda. Perkara itu boleh merosakkan brand anda dalam jangka masa yang panjang. 

2# Social proof bank anda 

Anda pernah tak beli sesuatu produk online kerana social proof brand itu berjaya meyakinkan anda? 

Ini dinyatakan oleh Gotter (2022), kajian dari Dr. Robert Cialdini yang membuktikan bahawa pendapat dan tindakan orang lain mempunyai kecenderungan terhadap keputusan seseorang itu. Tambahan lagi apabila produk itu telah disahkan oleh pelanggan yang lain, ia bermaksud yang product itu berbaloi untuk prospek luangkan masa dan duit mereka. 

Dan 91% pelanggan akan membaca sekurangnya satu review sebelum melakukan pembelian.

Oleh itu, anda boleh sediakan social proof anda sendiri di website. Di mana, anda simpan segala review atau feedback dari pelanggan anda yang lepas. Ini akan memudahkan lagi proses prospek untuk membeli dengan anda. 

Social proof dapat menunjukkan yang sesuatu produk itu telah dibeli dan dilihat sebagai bernilai. Dan ia merupakan salah satu teknik yang amat berkesan. 

#3 Tambah baik servis pelanggan 

Sebuah website akan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih bagus dan memudahkan prospek untuk melakukan pembelian. 

Anda boleh letakkan soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh prospek, dan juga berikan jawapan kepada semua soalan yang diajukan itu dalam bahagian FAQ (Frequently Asked Questions) anda. Ini dapat mengurangkan pembuangan masa untuk melayani soalan-soalan prospek setiap masa. 

Mempunyai halaman FAQ juga bermaksud pelanggan boleh dapatkan respons dengan segera. Oleh dengan itu, brand anda dapat menubuhkan hubungan yang positif antara pelanggan dan brand anda. 

Kalau anda nak tahu, kami ada REAL LIFE case study daripada Founder Sacha Inchi Oil, En Ridhuan yang berjaya automasikan bisnes beliau dan jana 7 Angka sebulan.

Bagaimana beliau mulakan bisnes?

Seperti usahawan yang lain, beliau juga bermula dari bawah. Seorang peniaga online yang bermula dengan menjual tudung dan supplement kesihatan. 

Pada awal tahun 2020, dengan Covid-19 dan PKP, bisnes beliau juga tak terlepas dari terjejas dengan bencana yang melanda.

Tetapi En Ridhuan tidak berputus asa. Selepas berkali-kali buat product research, beliau ditemukan dengan Sacha Inchi Oil. Produk yang dicalonkan sebagai superfood pada tahun 2006, dan dikenali dengan khasiatnya yang 17x kali lebih bagus dari omega fish oil.

Sebelum menjual, beliau sendiri telah cuba dahulu beberapa bulan menggunakan produk tersebut. 

Selepas yakin yang produk itu berkesan, beliau baru mulakan jualan.

Pengalaman bisnes beliau yang lampau telah membantu sedikit sebanyak untuk En Ridhuan mulakan jualan di platform E-commerce.

Dengan membina website dan sales page sendiri, semuanya beliau lakukan dengan menggunakan Shoppegram.

Nak scale up pun En Ridhuan dapat laksanakan dengan mudah!

Setelah beberapa bulan beliau jalankan bisnes, produk En Ridhuan pun terkenal dan prospek pun dah mula percaya dengan bisnes beliau. 

Walaupun sales naik secara mendadak dan pelanggan dah banyak kali repeat order, tapi beliau dapat urus bisnes dengan mudah dan efisien. 

Ini kerana En Ridhuan menggunakan platform yang mampu tampung trafik yang tinggi dan yang dan tak senang crash. Barulah mudah pelanggan nak membeli di website.

Bukan tu je, beliau dengar keluhan pelanggan yang mahukan produk dengan cepat atau yang tidak mahir dengan penggunaan pembayaran online. 

Jadi beliau lakukan 50% COD dan 50% pembelian online.

Platform yang En Ridhuan gunakan juga dapat uruskan segala order dengan 1 klik sahaja.

Dengan pelanggan baru masuk, dan pelanggan lama menjadi setia dengan produk yang dijual,  7 Angka dalam sebulan itu memang tidak mustahil dengan E-commerce. 

Jadi, apa lagi sebab yang anda perlukan untuk automasikan bisnes? 

RUJUKAN: 

Gotter, A. (2022, June 8). How to use social proof in marketing. Shopify. Retrieved October 26, 2022, from https://www.shopify.com/my/blog/social-proof 

    Comments are closed