Categories
Bisnes Online ecommerce

Kenapa Anda Perlu Menjual Dengan Ecommerce Sekarang

Ramai seller online dekat luar sana, yang dah lama buat bisnes tapi masih lagi belum guna Ecommerce.

Mereka anggap, ecommerce ini leceh sebab nak kena fikir hal teknikal lagi. 

Padahal, mereka tak sedar yang bukan semua ecommerce provider mewajibkan mereka ada knowledge dalam teknikal atau coding ni.

Ecommerce sebenarnya dapat menyumbang banyak kelebihan untuk bisnes mereka. Tapi sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan Ecommerce?

E-commerce adalah satu platform yang anda boleh pakai untuk jual produk sendiri tapi dalam bentuk virtual.

Maksudnya, anda sudah tidak perlu untuk tunjuk barang depan mata customer lagi. 

Dalam artikel kali ini, saya akan share kenapa anda perlu menjual dengan menggunakan Ecommerce sekarang!

Yang pertama sekali, Ecommerce boleh bantu bina jenama bisnes sendiri.

Bila buat bisnes pakai Ecommerce ni, anda akan dapat kenalkan produk dan jenama bisnes dekat prospek/customer.

Kalau anda jual produk di marketplace, contohnya seperti Shopee, Lazada, proses nak naikkan brand bisnes akan jadi susah. Anda perlu bersaing dengan seller lain. 

Sebagai contoh, kalau anda jual barangan gadget, macam handphone. Bila prospek buat carian dalam Shopee, tak semestinya brand handphone yang ada dalam store anda akan berada dekat carian teratas.

Sebab, ada banyak lagi store lain yang jual produk sama dengan anda nanti. Suka atau tidak, anda kena juga bersaing dari segi harga, rating kedai dan sebagainya. 

Anda kena sedar. Bila dah start menjual dekat marketplace ni, nak tak nak, anda kena jaga rating sebagai seller. Macam mana nak pastikan rating kedai anda sentiasa naik?

Anda mestilah kena reply chat dan handle postage customer dengan laju. Kalau anda slow uruskan order, mereka akan terus bagi bad review tentang produk yang anda jual.

Benda ni sedikit sebanyak akan effect performance kedai anda juga dalam marketplace. 

Dah la kalau ada salah sikit je, customer boleh terus report kedai korang. So, mestilah store kita akan kena penalti atau banned.

Yang paling teruk, possible je kita takleh nak akses masuk dalam akaun kita lagi lepas ni. Leceh kan? 

Ni belum kira lagi dengan komisyen fee yang anda kena bayar dekat pihak marketplace tiap kali ada sales yang masuk.

Dah la komisyen fee akan dikira by % sales. So, lagi banyak sales yang masuk, lagi banyak lah % komisyen fee yang korang nak kena bayar nanti. 

Tapi, kalau anda buat bisnes pakai Ecommerce ni, anda akan dapat control cara buat bisnes online.

Dari segi design website, copywriting, flow checkout dan sebagainya. Maksudnya, anda tak perlu nak terikat dengan mana-mana pihak pun.

Anda juga bebas untuk tentukan susun atur website dan kalau ada nak buat promosi ke apa, anda boleh sahaja letak terus gambar banner promo dalam website.

Bila prospek masuk je dalam website, mereka akan terus nampak offer yang anda nak tawarkan tu.

Yang paling best sekali, anda akan dapat bina website dengan jenama bisnes sendiri. Maksudnya, ada nama kedai sendiri.

Kalau prospek masuk dalam website nanti, mereka akan terus tahu yang anda ni adalah pemilik kepada website tersebut.

So, dah tak perlu lagi nak bersaing dengan mana-mana seller macam yang anda selalu buat waktu jual dekat marketplace dulu.

Yang kedua, ecommerce ni juga dapat bantu anda naikkan lagi jualan.

Seller yang totally fokus dekat kedai fizikal mesti akan rasa terbeban tiap kali hujung bulan.

Terutama bila nak kena bayar sewa kedai, bil elektrik, gaji staf dan sebagainya lagi. 

Tambah lagi di musim pandemuk ni. Ramai bisnes owner yang dah mula buat bisnes guna E Commerce sebagai backup.

Bila buat bisnes offline ni, anda kena bergantung kepada customer yang datang dekat kedai sahaja untuk buat pembelian.

Tapi, kalau anda guna ecommerce ni, urusan jual beli akan lebih mudah. Pelanggan boleh terus buat pembelian dan pembayaran secara online je dalam website.

Mereka pun dah tak payah nak walk in dekat kedai anda lagi untuk beli produk yang mereka inginkan.

Sebagai contoh, kalau anda seorang solopreneur. Buat bisnes seorang diri.

Tak ada team sales. Jadi, kalau anda nak scale up kan lagi sales, ianya akan jadi susah.

Sebabnya, anda kena juga consider berapa tempoh masa yang diperlukan untuk close sales seorang customer. 

Let say lah, untuk close kan seorang customer, akan ambil masa dalam 30 minit. Jadi, kalau nak achieve sales XXXX angka, berapa lama masa yang anda perlukan nanti?

Dengan adanya e commerce ni, proses close sales akan jadi lebih automatik. Customer boleh terus masuk dalam website, pilih produk dan terus boleh buat pembayaran.

Anda pun dah tak perlu nak spend time 24 jam sehari nak kena reply whatsapp customer satu persatu lagi. 

Yang last sekali, anda boleh fokus lebih masa pada buat kerja marketing.

Biasanya bila baru buat bisnes ni, anda akan lebih cenderung untuk fokus dekat bahagian sales sahaja.

Maksudnya, tiap-tiap hari kita akan monitor berapa leads yang dah berjaya di convert menjadi pelanggan.

Memang tak dinafikan, sales ni sangat mainkan peranan kalau nak bisnes sustain.

Tapi, kalau dah tiap hari kita asyik fokus nak convert leads jadi customer je, bila masa kita nak fokus dekat kerja marketing pula.

Anda kena sedar yang bila kerja marketing ni tak jalan, leads takkan masuk.

Jadi, dengan menggunakan E Commerce ni, anda dah automatekan proses nak close sales kepada pelanggan.

Apa yang anda perlu buat adalah pastikan segala maklumat berkenaan produk dah di masukkan di dalam website.

Bila prospek dah tahu detail barangan yang kita jual, mereka tak kan whatsapp kita lagi semata-mata nak dapatkan maklumat.

Secara tak langsung, masa yang ada ini, anda boleh fokus dengan strategi marketing untuk pastikan trafik yang masuk ke dalam website nanti semuanya trafik yang berkualiti.

Kesimpulannya, ecommerce ni sebenarnya dapat memudahkan urusan jual beli produk kita secara online.

Semua pesanan boleh terus direct masuk ke dalam website tanpa perlu kita susah payah nak layan customer lagi.

Kita sendiri sebagai seller online, mestilah akan rasa lagi seronok sebab dagh tak perlu nak close sales secara manual lagi.

Ecommerce ni sedikit sebanyak dapat bantu bisnes korang untuk adapt dan survive dengan keadaan pandemik sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *