Gunakan Payment Gateway Yang Stabil Untuk Bisnes Anda

Makin hari makin ramai orang lebih suka menggunakan transaksi online. Tak kisah lah sama ada mereka melakukan pembelian online mahupun offline. 

Bagi usahawan E-commerce, salah satu kaedah untuk pelanggan melakukan pembayaran adalah dengan menggunakan payment gateway. Ia adalah satu sistem merchant yang diwujudkan untuk menghubungkan antara 2 pihak.

Yang mana, ia akan membenarkan pemprosesan kad kredit/debit atau pembayaran secara langsung untuk website Ecommerce, mobile app atau jika ada sebarang urusan jual beli secara online.

Untuk pengetahuan anda, payment gateway ni ada banyak dan anda bebas untuk pilih yang mana satu atau anda nak gunakan semua sekali pun boleh.

Antara contoh payment gateway yang ada di Malaysia sekarang adalah Securepay, Billplz dan banyak lagi.

Namun begitu, masih ramai bisnes owner yang tak sedar betapa pentingnya elemen payment gateway ini dalam E-commerce. 

Antaranya ialah, payment gateway yang digunakan perlulah stabil untuk penggunaan pelanggan. 

Disini saya akan bagitahu anda kenapa sistem payment gateway yang stabil penting terhadap bisnes anda. 

#1 Keselamatan pembayaran yang terjamin  

Dalam bisnes ecommerce ini, kita tak dapat nak bersemuka dengan pelanggan. Tapi ini bukan alasan untuk kita tidak boleh dapatkan keyakinan mereka terhadap bisnes yang kita jalankan. 

Cara untuk tingkatkan keyakinan prospek adalah dengan menyediakan payment gateway yang stabil. Ini kerana isu duit ini sangat sensitif, jadi apabila berurusan dengan duit pelanggan, anda perlu menggunakan inisiatif yang terbaik buat mereka. 

Worst case scenario, produk dah bagus, tapi anda kehilangan prospek yang betul – betul berminat dengan produk anda kerana gagal close sale dengan payment gateway yang kerap bermasalah. 

Prospek pun tak kan cari anda lagi kerana website anda dah susahkan urusan mereka untuk membeli.

#2 Tingkatkan conversion rate 

Anda pernah tak nak lakukan pembelian online, dan bila nak buat bayaran, payment gateway pula stuck!

Ataupun, dah lepas kali pertama, tiba-tiba dia suruh buat bayaran lagi sekali sebab bayaran sebelum tu sebenarnya tak lepas. Haih hilang mood nak membeli kan? 

Lagi satu, prospek akan hilang minat untuk membeli apabila mereka dibawa ke website yang lain bila nak lakukan pembayaran. 

Pell (2019) menyatakan, sebuah syarikat antarabangsa Fatfy melaporkan bahawa 15% daripada pelanggan mereka gagal untuk membuat bayaran disebabkan oleh Paypal yang membawa pelanggan ke website mereka. 

Disebabkan itu, ramai pelanggan akan tinggalkan order mereka dalam cart (abandoned cart), yang menyebabkan conversion rate website rendah dan kepercayaan pada brand berkurang. 

Ye lah, benda yang simple pun jadi susah. 

Mesti anda taknak pelanggan anda hadap benda yang sama. Sebab anda sendiri tahu benda tu buat hilangkan mood je untuk orang membeli. 

Oleh sebab itu, menggunakan payment gateway yang betul mempengaruhi conversion rate website anda. 

Bayangkan berapa banyak anda akan bakar duit hanya kerana payment gateway anda yang sering bermasalah?

#3 Sediakan cara pembayaran yang pelbagai

Separuh dari pelanggan akan abandoned cart jika mereka tidak dapat gunakan cara pembayaran yang mereka mahukan. Oleh itu, anda perlu sediakan cara pembayaran yang pelbagai untuk pelanggan pilih.

Ini kerana, lain pelanggan mempunyai kepercayaan yang berbeza terhadap sistem payment gateway yang berlainan. 

Ada sistem yang pelanggan rasa tidak selamat atau tidak stabil untuk mereka gunakan dan lakukan pembayaran.

Jadi, dengan menyediakan sistem payment gateway yang pelbagai, ini akan membenarkan pelanggan memilih sistem yang mereka yakin selamat untuk lakukan pembayaran. Dan secara tidak langsung, akan mengurangkan kadar abandoned cart anda.

Kesimpulannya, payment gateway ini adalah antara elemen yang memainkan peranan yang penting dalam mengukur kejayaan bisnes E-commerce anda.

Jika anda masih tercari-cari sistem payment gateway yang stabil, kami sarankan untuk anda menggunakan SecurePay, Stripe, Paypal, Billplz dan Bizappay. Dan sistem-sistem berikut sudah di-integrate sendiri dalam Shoppegram bagi kemudahan bisnes owner. 

Nak buat bisnes E-commerce ni bukanlah senang. Tapi bila anda lakukan dengan betul, hasilnya memang anda akan nampak dengan ketara. 

RUJUKAN: 

Pell, R. (2019, October 4). How to speed up the payment process on your website. PaymentsJournal. Retrieved October 28, 2022, from https://www.paymentsjournal.com/how-to-speed-up-the-payment-process-on-your-website/ 

    Comments are closed