Penting Ke Loading Speed Website Yang Laju?

Pernah tak anda berada dalam situasi dimana, anda tengok satu iklan ni, produk macam menarik, anda pun tekan link website untuk tengok maklumat lanjut……..

Punya lah lama website tu nak load, dah tak jadi nak membeli. Buang masa je menunggu. 

Ini kerana apabila prospek datang ke internet atau website, mereka mengharapkan kelajuan. Dan jika mereka tidak mendapatkannya, mereka tidak akan peduli dengan website itu. 

Jadi, kenapa sales page yang laju ni penting sangat? 

#1 Keyakinan prospek terhadap brand  

Tanggapan pertama adalah penting untuk setiap bisnes. 

Anda nak ke kalau prospek dah berminat nak membeli produk anda, tapi website pula ambil masa yang lama untuk paparkan informasi produk. 

Kalau anda nak tahu, hanya dalam 3 saat je prospek tentukan yang website tu laju ke tak. Dalam 3 saat tu juga, kalau website tak habis load, mereka akan keluar dari website dan cari tempat lain yang websitenya load lebih laju.

Ini disokong oleh Low (2022) yang menyatakan, 47% prospek menjangkakan paparan website mengambil masa kurang dari 2 saat manakala seramai 40% prospek akan keluar dari website sekiranya paparan mengambil masa lebih dari 3 saat. 

Sebab apabila prospek masuk website, mereka menjangka yang website itu akan load dengan cepat. Kerana tanggapan mereka = website yang laju adalah lebih professional.

Bila anda dapat atasi masalah website lambat load ini, anda akan tambahkan lagi keyakinan prospek terhadap brand.

2# Kelajuan website mempengaruhi conversion rate 

Macam mana kalau saya bagi tahu anda, website yang lambat load mempengaruhi sales yang sendu.

Bila prospek dah tahu website anda slow, kemungkinan besar mereka tidak akan kembali ke website anda untuk membuat pembelian. Oleh sebab itu, bounce rate website anda akan meningkat. Bounce rate ini adalah kadar prospek yang keluar dari website anda. 

Monaghan (2022) menyatakan, dengan kadar bounce rate yang tinggi, ia akan memberitahu search engine bahawa pengguna tidak menganggap kandungan di halaman anda berguna. Dan ini boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan pada jangka masa yang panjang.

Bayangkan anda kehilangan beribu prospek hanya sebabkan website anda lambat 3 saat, tak ke berjuta anda rugi disebabkan loading speed sahaja? 

Ini sebenarnya terbukti, kerana Amazon pernah uji masalah loading speed ni dan hasil menunjukkan mereka akan kehilangan 1.6B USD tiap tahun kalau website lambat 1 saat pun. 

Kalau brand besar pun boleh loss sebanyak itu dengan website slow, apatah lagi kita yang baru nak mula ni kan?

3# Mudah nak scale up bisnes 

Salah-satunya kelebihan E-commerce ini adalah anda dapat scale up bisnes anda dengan mudah. Tidak perlu modal yang banyak seperti buka kedai fizikal.

Dengan syarat, website anda perlulah laju dan mampu tampung trafik yang banyak.

Kalau website anda lambat; ia akan memakan lebih banyak daya server, dan apabila hal itu terjadi, server anda akan padat dan tidak dapat melayani pelanggan yang sebenarnya ingin membeli dari website anda.

Oleh itu, dengan website yang laju, nak buat product launch pun tiada masalah! 

Website yang load dengan laju dan bergerak lancar, dapat melayani prospek dengan lebih cepat dan bersedia untuk melayani prospek yang seterusnya. Ini membolehkan website anda menampung trafik yang banyak tanpa sebarang masalah.

Apa akan terjadi kalau anda tak baiki loading speed website dalam jangka masa yang panjang?

Lama – kelamaan, pelawat website anda pun makin berkurang kerana hampir separuh prospek anda hilang minat untuk membeli disebabkan paparan website yang mengambil masa yang lama untuk keluar.

Bila prospek tak dapat pengalaman yang memuaskan bila berurusan dengan bisnes anda, mereka akan berhenti menggunakan produk dari brand anda dan tidak akan syorkan produk anda pada orang lain. 

Dan anda akan dikenali dengan brand yang menyediakan servis yang tak memuaskan kerana loading speed website yang lambat dan bazirkan masa pelanggan untuk menunggu.

Kredibiliti yang kurang sering kali dikaitkan dengan website yang slow. Dan ia akan merosakkan nama brand anda dalam jangka masa yang panjang.

Untuk pastikan website anda laju untuk kegunaan prospek, anda boleh uji kelajuan website anda di GTMetrix.

Kalau grad anda A atau B, Tahniah! Kalau C dan lain-lain, anda boleh optimumkan lagi sales page anda dengan kecilkan file-file dalam sales page tersebut. Seperti gambar-gambar dan video yang terdapat dalam sales page. 

Anda boleh gunakan TinyPNG atau mana-mana platform yang boleh kompres gambar-gambar untuk sales page anda. Ini kerana isi dalam sales page seperti gambar dan video banyak mempengaruhi loading speed website. 

Kesimpulannya, website yang lambat load bukan lah satu perkara yang boleh diambil ringan. Dengan website yang slow sahaja boleh sebabkan anda lalui kerugian yang besar. Oleh sebab itu, anda perlu optimumkan website atau sales page anda untuk tingkatkan lagi pengalaman pelanggan yang membeli dari anda. 

RUJUKAN:

Low, D. (2022, March 23). 6 reasons why website speed matters. Bitcatcha. Retrieved October 18, 2022, from https://www.bitcatcha.com/blog/6-reasons-why-website-speed-matters-how-amazon-would-lose-1-6-billion-if-it-slowed-down/ 

Monaghan, M. (2022, October 27). Website load time statistics: Why speed matters in 2022. Website Builder Expert. Retrieved October 28, 2022, from https://www.websitebuilderexpert.com/building-websites/website-load-time-statistics/ 

    Comments are closed