5 Cara Nak Tingkatkan Trafik Ecommerce Secara Percuma

Secara logik nya, semakin banyak trafik yang masuk ke dalam website, semakin banyak peluang yang kita ada untuk convert mereka kepada user. Ya saya tahu, kebiasaannya kita akan gunakan iklan berbayar untuk tarik trafik masuk ke website kita. Tapi, tak kan la sepanjang masa nak kena keluar duit bayar iklan je kan? Apa kata kita bawak trafik yang percuma pula ke dalam website ecommerce.

Dalam artikel kali ini saya akan share 5 cara yang anda boleh buat untuk tingkatkan trafik website Ecommerce secara percuma.

Yang pertama sekali, anda boleh utilize features yang ada dekat Instagram. Bergantung kepada bisnes yang anda buat, Instagram ni boleh sahaja jadi 1 aset besar untuk tingkatkan trafik masuk ke dalam website. Instagram ni boleh di utilize untuk bina brand dan beri gambaran kepada bakal prospek tentang produk anda.

Anda boleh sahaja optimize Instagram BIO, IG story atau gabungkan sahaja Instagram dengan kedai online anda sebagai salah satu cara untuk hubungkan IG anda ke website. Yang mana, cara-cara ini akan dapat bantu anda naikkan lagi trafik masuk ke dalam website.

Katakanlah anda buat bisnes fesyen. Produk yang anda jual pula koleksi blouse untuk wanita. Jadi, bila anda nak promote design terbaru, anda boleh je post gambar dekat IG feed.

Tapi, pada masa yang sama, kalau anda syncs IG feed dengan website, bila prospek ‘tap’ sahaja dekat gambar blouse, terus akan keluar satu pop up harga baju dan bila mereka klik sahaja link yang muncul tu, mereka akan terus dibawa masuk ke dalam website untuk lihat lebih banyak maklumat lanjut berkenaan blouse tersebut.

Rata-rata ramai orang tak gunakan fungsi yang ada di Instagram ni secara maksima. Jadi anda boleh la gunakan fungsi yang telah saya kongsikan tadi untuk tarik lebih ramai trafik yang masuk ke website anda setiap hari.

Yang kedua, anda perlu optimize website anda supaya jadi lebih SEO friendly, maksudnya website anda ni mudah di senaraikan pada carian di Google. Bila kita nak beli sesuatu, kita lebih cenderung untuk terus ke website yang kita dah familiar ataupun buat carian dekat Google.

Sebagai contoh, kalau anda nak cari buahan segar yang boleh buat delivery terus ke tempat anda, mesti anda akan mula search “tempat beli buahan secara online”, jenis buahan yang anda nak cari, contohnya seperti “buah anggur online” ataupun terus search spesifik kedai online (“kedai online buahan segar”.

Jadi, bila anda buat carian dekat Google, perasan tak yang anda cuma akan klik link yang top 5 sahaja? Sebab tulah penting untuk anda pastikan website anda dah di optimize dengan keywords yang dicari oleh bakal prospek.

Bila dah ada keyword tersebut, website kita akan muncul pada carian yang prospek cari. Satu perkara yang anda perlu ingat tentang SEO ni. Ianya perlukan masa yang agak lama untuk tersenarai di carian, jadi pastikan anda belajar dan buat sekarang untuk SEO ni.

Yang ketiga, boleh juga guna blog sebagai content strategy. Anda kena ingat yang kejayaan dalam Ecommerce bukan hanya dekat sales semata-mata sahaja. Tetapi, bagaimana produk anda jual tu dapat bantu selesaikan masalah prospek.

Sebagai contoh, anda jual barangan gadget seperti headphone. Anda kena tahu kenapa anda pilih untuk jual headphone? Kenapa orang beli headphone yang anda jual? Adakah headphone ni best bila dipakai? Bateri tahan lama? Wireless jadi lebih selesa nak pakai?

Dari soalan jenis ‘why’ ni, anda akan dapat bina content yang betul kepada right audience. Jenis content yang anda boleh buat adalah seperti blog post, buying guides, video secara harian ataupun podcast.

Bila dah siap semua content ni, mesti anda akan tertanya, dekat mana anda perlu share semua content ni, betul tak? Content yang dihasilkan dekat blog ni, anda boleh email kepada subscribers, share dekat social media, atau anda juga boleh olah content ke dalam bentuk video dan post dekat Youtube.

Tapi, bila anda dah mula nak buat content marketing ni, pastikan anda buat secara konsisten dan fokus pada kualiti konten. Maksudnya, konten yang anda create tu dapat bagi maklumat yang bernilai pada orang ramai. 

Yang keempat, pastikan anda sentiasa aktif dekat social media. Ramai yang salah anggap tentang social media ni, kebanyakkan orang gunakannya untuk membuat hard selling semata-mata.

Hari – hari asyik post pasal beli, beli, beli. Sedangkan di social media ni lebih sesuai untuk kita membuat posting yang lebih berunsurkan soft selling. Kerana orang sedang online di social media ni mereka lebih cenderung untuk bersosial sesama kumpulan mereka. 

Jadi, cara yang kita boleh guna untuk dapatkan trafik free masuk ke dalam website adalah dengan cara grow kan lagi audience dan buat posting yang bermanfaat secara konsisten.

Tapi posting tersebut mesti sesuai dengan target audiens kita dan di mana mereka berkumpul. Sebagai contoh, jika target audiens bisnes anda adalah prospek yang berumur 25-35 tahun.

Anda boleh mula aktif di Instagram ataupun Facebook. Ini kerana, prospek yang di bawah range umur ini hanya lebih aktif dekat 2 platform ni sahaja. Pastikan anda sentiasa ada interaksi dengan mereka di social media. Contohnya anda reply komen-komen mereka dengan pantas.

Last sekali, anda perlu mula hasilkan content di youtube dan gunakan youtube untuk sebarkan link website anda. 

Dalam youtube, anda boleh letak link website pada description youtube channel, anda juga boleh tambah annotation links dekat dalam video youtube.

Bayangkan jika sebulan ada 100 orang yang tonton video youtube anda, 10 orang klik pada link yang anda letakkan pada video tersebut, dan 3 orang beli dari link tersebut. Ha kan dah dapat sale secara percuma dari youtube. 

Itu baru satu video, kalau ada 100 video?

Tapi usaha anda perlu lah berterusan, tak boleh separuh jalan. Sebabnya di youtube ni, orang ramai dahagakan konten-konten yang menarik dan bernilai untuk mereka habiskan masa pada video anda. 

Anda perlu ingat, usaha hasilkan video di Youtube ni adalah usaha untuk jangka masa panjang. Jadi jangan takut kalau mula-mula ni tak ada orang tengok video anda. Teruskan upload video yang bermanfaat sampai anda dapat bina peminat yang tegar. 

Sebenarnya, banyak sahaja cara yang anda boleh guna untuk dapatkan trafik yang masuk secara percuma ke dalam website anda. Tapi, untuk dapatkan strategi yang paling berkesan bergantung kepada bagaimana anda sampaikan mesej pada konten-konten yang anda hasilkan tersebut.

Anda akan jumpa cara yang paling efektif jika selalu try and error dan juga buat penambahbaikan. Apa yang boleh saya rumuskan di sini adalah “Content is the key”. Hasilkan konten yang tepat untuk tarik trafik yang tepat.

Kalau anda ada sebarang soalan nak tanya berkenaan dengan topik ni, boleh je terus tinggalkan komen dekat bawah.


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *