5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Mulakan Bisnes Online

Anda sedang mencari cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui bisnes online? Dah penat asyik kerja makan gaji sahaja tetapi tiap bulan status kewangan masih tak stabil? 

Ataupun anda baru nak mulakan bisnes online tetapi masih ragu-ragu dan tidak tahu mahu mula dari mana?

Jika YA, 5 perkara ini wajib untuk anda tahu sebelum memulakan bisnes secara online.


Step 1: Kenalpasti jenis produk yang ingin dijual 

Sebelum mulakan bisnes online sendiri, kita kena tahu jenis produk bagaimana yang ingin dijual nanti. Sebenarnya jenis produk ni kita boleh kategorikan kepada 2 bahagian:

1. Produk fizikal

Produk fizikal ini biasanya produk yang kita boleh nampak secara mata kasar dan terus boleh beli. Sebagai contoh, produk yang berasaskan makanan, pakaian dan juga alat-alatan elektronik. 

Produk kategori ini biasanya senang dijual dalam website E-commerce. Dengan menggunakan website E-commerce, pelanggan terus dapat lihat katalog produk dan boleh membuat pembelian secara terus di website. 

Anda juga tidak perlu lagi pening kepala untuk sentiasa balas whatsapp pelanggan 24 jam sehari. Ini belum termasuk lagi dengan isu prospek ‘bluetick’ kan sahaja walaupun kita dah terangkan produk secara detail. 

Antara contoh website yang dibina oleh pengguna Shoppegram

2. Produk digital

Produk digital adalah produk yang anda boleh beli tetapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Contohnya seperti E-book, kursus secara atas talian dan software komputer. 

Pemilik bisnes akan menggunakan sales page untuk menerangkan mengenai masalah yang dihadapi oleh pelanggan, bagaimana produk yang dijual oleh mereka mampu menyelesaikan masalah pelanggan dan apakah servis yang ingin ditawarkan oleh pemilik bisnes tersebut agar pelanggan tertarik untuk membuat pembelian. 

Contoh Sales Page yang dibina menggunakan Page Builder Drag and Drop

Step 2: Daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Bila sebut sahaja nak kena daftar nama syarikat dengan SSM, kebanyakan pemilik bisnes akan fikir itu adalah satu perkara yang agak leceh.

Sebenarnya, banyak kelebihan yang anda akan dapat kalau daftar syarikat dengan SSM. Dengan modal lebih kurang dari RM 60 sahaja setahun, anda sudah boleh elakkan risiko dari kena denda RM 50,000 atau penjara 2 tahun.

Bayangkan kalau anda dah ada nombor pendaftaran syarikat sendiri, sudah pasti pelanggan akan rasa lebih selamat untuk buat urusan jual-beli. 

Tambah lagi sekarang dengan isu scammer, mereka akan lebih berhati-hati untuk memilih penjual yang boleh dipercayai.

Bila dah ada SSM juga, lebih senang untuk anda buka Akaun semasa di bank. Tujuan pembukaan akaun semasa syarikat ini adalah untuk mengelakkan akaun peribadi kita disekat oleh pihak bank jika terlampau banyak transaksi wang yang masuk.

Anda juga dapat asing kan duit peribadi dengan duit perniagaan. Lagi satu, kalau anda nak buat sistem payment gateway dalam website Ecommerce sendiri pun ianya akan jadi lebih mudah. 

Ini kerana, ada sesetengah sistem payment gateway mewajibkan anda menggunakan akaun semasa syarikat. Sebagai contoh, dalam sistem Shoppegram sendiri, pengguna perlu ada akaun semasa syarikat jika ingin menggunakan Billplz. 

Jika tiada SSM, boleh gunakan bizappay sebagai payment gateway dalam Shoppegram. Hanya perlukan IC dan akaun peribadi sahaja. 

Tetapi, ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Kalau ikut cara sah, anda tidak boleh buat website E- commerce tanpa SSM dan juga akaun semasa untuk payment gateway. 

Step 3: Bina website, dapatkan nama domain dan hosting

Selepas selesai pendaftaran syarikat dengan SSM, anda boleh mulakan bisnes online dengan dapatkan nama domain dan hosting.

Apa yang dimaksudkan dengan nama domain?

Dalam bahasa ringkasnya, nama domain ini adalah nama untuk website. Biasanya pelanggan akan mencari nama website anda di internet dengan cara menaip nama kedai. Sebagai contoh, Shoppegram.com adalah nama domain kami.

Jadi, apabila pengguna ingin mendapatkan maklumat mengenai pakej untuk bina website E-commerce dengan mudah dan lengkap dengan sistem payment gateway tanpa perlu coding, mereka hanya akan menaip sahaja nama domain kami di enjin carian seperti Google.

Segala maklumat akan terus terpapar di halaman utama website kami. Sebab itulah sangat penting untuk mempunyai nama domain sendiri. Ianya sangat sesuai untuk bina jenama bisnes sendiri di masa akan datang.

Hosting

Hosting adalah ibarat tapak kepada rumah kita. Tanpa tapak, kita tak akan dapat nak diri kan rumah. Sama juga jika anda nak bina website sendiri. Anda perlu ada hosting sebagai tapak. 

Ia adalah tempat di mana semua fail seperti gambar, video, maklumat dan database disimpan. Anda boleh buat pembelian hosting di syarikat yang menawarkan servis web hosting seperti Exabytes Malaysia. 

Harga hosting yang perlu dibayar pula bergantung kepada pakej mana yang anda daftar. 

Tetapi, jika anda melanggan pakej Shoppegram untuk bina website E-commerce, anda sudah tidak perlu membeli hosting sendiri. Semuanya sudah disediakan oleh pihak Shoppegram.

Step 4: Start design website E-commerce Apabila nama domain dan hosting sudah boleh digunakan, anda boleh mula design website E-commerce sendiri mengikut citarasa masing-masing dan juga masukkan isi kandungan ke dalam website.

Bina website E-commerce dengan hanya upload, setup dan terus boleh live

Biasanya apabila nak bina website E-commerce sendiri, anda wajib ada pengetahuan teknikal. Maksudnya kena tahu cara untuk coding. 

Bila anda tidak ada pengalaman dalam coding, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk belajar disebabkan ianya sangat teknikal.

Jadi, anda terpaksa upah developer diluar sana untuk siapkan website sendiri. Kos untuk upah developer agak mahal. Tambah lagi kalau anda minta untuk custom design. 

Harga yang anda perlu bayar sudah pasti akan mengikut jenis design yang anda minta. Sebab itulah ramai pemilik bisnes yang baru nak ada kedai online sendiri akan menggunakan platform Shoppegram. 

Shoppegram adalah sebuah platform untuk bina website E-commerce dengan 3 langkah mudah sahaja.

#1- Upload produk anda

Masukkan produk beserta maklumat lengkap yang lain. Contohnya seperti gambar, video, deskripsi produk, harga dan sebagainya.

#2- Setup kedai online anda

Di step yang kedua ini, anda sudah boleh mula masukkan gambar logo dan banner. Hanya perlu upload sahaja di laman utama website. 

Anda juga boleh ubah suai theme website mengikut identiti jenama sendiri tanpa perlu melibatkan coding langsung.

#3- Website anda dah sedia untuk ‘LIVE’

Apabila dah siap 2 step seperti di atas, website anda secara automatik akan terus LIVE. Maksudnya pelanggan terus dapat akses untuk masuk ke website anda. 

Jadi,anda sudah boleh mulakan iklan traffic untuk bawa pelanggan masuk ke dalam website agar mereka membuat pembelian.

Susun atur kandungan konten di dalam website

Website ini ibarat kedai fizikal. Nak pastikan pelanggan masuk ke kedai, anda mestilah tahu cara untuk tarik perhatian mereka. Sama juga seperti website. 

Bezanya, anda perlu lebih fokus kepada isi kandungan website. Sebagai contoh, jika anda ingin buat 1 ruangan khas untuk barangan harga promosi, jadi anda kena tahu apakah konten yang sesuai untuk bahagian tersebut. 

Yang mana apabila pelanggan baca sahaja, mereka akan terus tertarik. Pastikan cara penulisan anda ringkas dan mudah untuk difahami oleh mereka.

Pastikan ‘load time’ website anda tidak terlalu lama

Elakkan daripada upload gambar yang bersaiz agak besar seperti 200MB dan ke atas. Saiz yang sesuai untuk upload gambar adalah 20MB dan kebawah bagi setiap gambar. 

Kebanyakan pemilik bisnes, terutamanya yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online akan terlepas pandang mengenai perkara ini.

Kajian daripada DoubleClick menyatakan bahawa 53% pengguna yang menggunakan versi mobile tidak akan teruskan dengan pembelian jika masa untuk loading website mengambil masa lebih daripada 3 saat. 

Sebab itulah sangat penting untuk anda pastikan website anda senang untuk load. Anda boleh semak di PageSpeedInsights sebagai checklist ‘load time’ website anda.

Step 5: Mulakan kempen pengiklanan dan pemasaran

Ianya sesuatu yang normal untuk bisnes online yang baru mula tidak berjaya mencapai angka jualan yang diinginkan. Tambah lagi dengan jumlah pengunjung yang masuk ke dalam website tidak terlalu ramai. 

Ini disebabkan oleh enjin carian seperti Google tidak lagi memasukkan data website ke dalam database mereka. 

Sebenarnya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk Google memproses website anda agar senang dicari oleh pelanggan di Google.

Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan pengguna terus melawat website anda secara automatik. Sebab itulah, sangat penting untuk anda tahu strategi dalam ‘online marketing’.

Antara teknik pemasaran yang selalu dilakukan oleh kebanyakan pemilik bisnes adalah Facebook Ads dan IG Ads. 

Selain itu, anda juga boleh cuba cara lain seperti Google Ads, SEO, E-mail marketing dan sebagainya sehinggalah anda berjaya jumpa strategi yang sesuai digunakan dalam bisnes anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *