5 Tanda Bisnes Online Anda Perlu Upgrade Ke Ecommerce

Sejak tahun 2020 ramai yang dah mula berniaga menggunakan website e-commerce namun masih ramai juga yang masih tertunggu-tunggu menanti seruan dari langit untuk bermula kerana tidak tahu bilakah masa yang sesuai untuk gunakan website e-commerce ni.

Kali ini saya akan share 5 tanda yang menunjukkan bisnes anda perlu beralih ke level seterusnya iaitu dengan menggunakan website e-commerce.

Yang pertama sekali, sales anda dah melebihi RM10,000 sebulan. Bayangkan kalau sekarang anda dah ada 5 orang sales team dan sales dah cecah 10K sebulan. Jadi, kalau nak naikkan lagi sales, nak tak nak anda kena tambah lagi sales team.

Bila sebut berkenaan hiring ni, anda kena kira pula kos operasi diperlukan untuk bayar gaji bagi setiap sales team yang baru. Jadi, untuk jimatkan masa dan duit, anda boleh sahaja guna Ecommerce untuk bantu naikkan jualan bisnes anda.

Yang kedua, dah buat bisnes online lama tapi sales masih lagi stuck. Maksudnya, bisnes anda tak ada peningkatan langsung dari segi jualan. Mesti anda dah mula pening kan?

Sebab itulah bisnes anda dah perlu mula guna Ecommerce. Sebagai contoh, kalau sebelum ni anda cuma harapkan orang berdekatan sahaja datang ke kedai dan buat pembelian. Tetapi, dengan mempunyai Ecommerce, anda dapat reach bakal prospek luar daripada kawasan anda. 

Secara demography nya, semakin besar target audiens anda, semakin tinggi reach yang anda akan dapat. Jadi, sales anda pun akan mula meningkat selepas ini. 

Petanda yang ketiga pula, anda selalu terima whatsapp melebihi 15 leads sehari. Memang tak dinafikan yang kita mesti akan rasa seronok sebab banyak leads masuk. Iyalah, makin banyak leads, makin senang lah nak close sales. Tapi, anda kena sedar, berapa masa yang diperlukan untuk close sales bagi setiap leads yang masuk?

Takkanlah nak kena reply whatsapp sampai ke malam pula semata-mata nak pastikan target jualan tercapai? Jadi, bisnes anda memang perlukan Ecommerce.

Dengan adanya E-commerce ni,segala urusan jual beli akan lebih mudah. Customer pun dah boleh terus buat pembelian di dalam website. Anda pula dah tak perlu nak layan pelanggan 24 jam lagi selepas ni.

Yang keempat, anda adalah seorang solopreneur. Bila anda dah biasa buat bisnes seorang diri ni, bisnes anda akan susah nak berkembang. Anda akan senang hilang fokus sebab anda akan tersepit antara menguruskan pesanan dari pelanggan, marketing dan close sale.

Memang best bila jadi Chief Everything Officer ni. Tapi kalau dah semua perkara nak buat sendiri, bila masa anda dapat fokus kepada perkara yang lagi penting daripada sales semata-mata?

Bila dah ada Ecommerce,anda dah tak perlu susah payah nak catat order masuk satu persatu secara manual lagi. Semua database customer termasuk produk apa yang mereka buat pembelian dah ada di dalam sistem Ecommerce. Kerja anda akan jadi lebih mudah, betul tak?

Yang last sekali, anda selalu tak ada masa untuk buat customer support dan customer relationship. Biasanya kalau buat bisnes niche fesyen, boleh dikatakan anda akan selalu dapat soalan yang sama daripada bakal prospek.

Kebanyakan daripada mereka akan tanya berkenaan saiz pakaian, material yang digunakan, warna apa lagi yang ada dan sebagainya. Kalau asyik soalan sama sahaja yang anda dapat, mesti kita akan mula penat nak reply satu persatu, betul tak?

Jadi dengan adanya Ecommerce, lepas ni bila anda buat sahaja iklan FB Ads untuk produk, anda boleh terus bawa bakal prospek masuk ke dalam website. 

Cara ni lebih senang sebabnya segala maklumat lengkap berkaitan produk dapat dilihat oleh bakal prospek dalam sekelip mata sahaja tanpa perlu menunggu anda respon kepada soalan mereka satu persatu.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai simptom yang telah saya sebutkan tadi bermaksud ianya sah bahawa bisnes anda memerlukan website e-commerce untuk bantu anda dengan serta merta.

Baru nak ada website Ecommerce sendiri? Anda boleh cuba daftar akaun trial percuma Shoppegram selama 14 hari. Klik disini untuk mendaftar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *