Dalam artikel kali ini, saya akan share apakah elemen yang diperlukan untuk pastikan anda mampu membuat tawaran menarik kepada pelanggan supaya mereka tidak teragak-agak untuk membeli.
Yang pertama sekali, pastikan anda masukkan free gift bagi setiap produk yang pelanggan beli. Bila anda mula bagi free gift dekat pelanggan ni, anda sebenarnya dapat galakkan customer untuk repeat purchase.
Maksudnya, mereka akan buat pembelian produk anda lagi selepas ini. Dengan adanya free gift ni, sedikit sebanyak dapat bantu wujudkan customer loyalty dan boleh naikkan conversion rate website juga.
Jadi, macam mana nak tentukan free gift apa yang sesuai untuk diberikan dekat pelanggan ni?
Ada sesetengah seller yang memang dah tetapkan pelanggan cuma akan dapat free gift apa jika mereka buat pembelian mengikut had belian yang dah ditetapkan.
Sebagai contoh, anda buat bisnes skincare. Anda boleh letakkan syarat, jika pelanggan buat pembelian minimum RM75 untuk sesetengah produk yang terpilih, mereka akan dapat free gift produk yang bernilai RM30.
Dekat sini, secara tak langsung anda dah encourage pelanggan untuk cuba buat pembelian sehingga had pembelian minimum agar mereka akan dapat free gift yang anda ingin tawarkan tadi.
Yang kedua, anda boleh masukkan bonus. Bila nak berikan bonus dekat pelanggan, pastikan bonus tersebut anda tak masukkan sekali dalam penjualan produk yang utama.
Bonus ni mestilah berkait rapat dengan produk yang anda jual. Bonus ni pula anda mestilah bagi percuma je dekat pelanggan. Jangan ada sebarang caj tambahan pula untuk dorang dapatkan bonus.
Macam mana nak tahu bonus yang anda nak bagi tu bagus ke tak?
Bonus yang bagus ni bonus yang dapat bagi manfaat kepada pelanggan dan bagaimana relevannya jika mereka buat pembelian produk yang utama.
Contohnya anda buka pusat sukan outdoor seperti Wall climbing, rock climbing dan zipline.
Jadi, bonus yang anda bagi dekat pelanggan adalah 1 voucher yang mereka boleh redeem untuk dapatkan diskaun kalau mereka datang ke tempat anda lagi pada masa akan datang.
Yang ketiga, anda boleh sahaja gunakan teknik urgency. Teknik urgency ni ada jenis contohnya seperti limited time atau limited stock/quota.
Urgency ni boleh dibuat dengan cara anda nyatakan berapa lama offer ini akan ada.
Mesti anda nak tahu kan, apa kaitan teknik urgency ni dengan salah satu cara nak encourage pelanggan untuk buat pembelian, betul tak?
Memang dah jadi lumrah manusia ni, yang mereka akan suka bertangguh tiap kali nak buat pembelian.
Yelah, mesti lah nak kena fikir dulu berbaloi ke tak nak beli produk ni. Lain lah kalau ada sales yang menarik ke ataupun limit offer, barulah mereka akan mula ambil tindakan untuk membeli.
Sebab tulah kalau anda plan nak buat promosi, jualan atau pelancaran mana-mana produk pada hari cuti, akan dapat bantu create kan urgency dekat customer.
Anda juga dapat membuat urgency sendiri dengan cara membuat promosi sesetengah item di website korang terutama tiap kali ada produk baru.
Contohnya, macam Shopee. Anda mesti familiar dengan shocking deals yang Shopee selalu buat tu.
Haa.. yang ni sebenarnya salah satu teknik untuk anda create urgency. Waktu ni, semua pelanggan dah tahu yang mereka akan dapat grab harga offer bagi selected item dalam masa yang ditetapkan oleh pihak Shopee.
Cara ni secara tak langsung akan membuatkan mereka sentiasa alert bila waktu pembelian akan dibuka.
Last sekali, anda boleh je buatkan tawaran produk secara bundle. Tips nak buat produk bundle ni, anda kena elakkan buat produk bundle yang harga murah dengan produk yang mempunyai harga yang mahal atau premium.
Kalau ikutkan logik lah kan, memang la kita akan cuba campur produk yang murah dengan produk yang mahal.
Barulah boleh dapat untung yang banyak. Tapi, cuba anda letak diri di tempat customer.
Andaikata lah anda nak beli Vacuum Dyson Cyclone V10 yang harga sampai RM 2,499.00.
Jadi, tak kan lah anda nak letakkan t shirt atau botol air sebagai produk bundle.
Mestilah anda rasa offer ni tak menarik langsung. Apa kaitannya vacuum dengan botol atau t shirt ni? Tak masuk akal langsung. Sama lah juga dengan customer.
Sebab itulah, kalau anda nak buat produk bundle, anda kena kenalpasti dulu apa yang pelanggan perlu bila mereka buat pembelian untuk sesuatu produk.
Sebagai contoh, anda buat bisnes gadget. Produk utama pula adalah Iphone.
Jadi, produk bundle yang anda boleh letakkan sekali adalah Airpod dan juga Iphone.
Pelanggan akan rasa offer ini berbaloi untuk diambil sebab mereka dah tak perlu nak beli powerbank dengan airpod dengan harga asing lagi.
Tambah lagi, 2 jenis produk ni memang selalu akan dibeli oleh pelanggan jika mereka buat pembelian telefon baru.
Kesimpulannya, kesemua komponen utama ni tak mudah untuk korang buat.
Tetapi, ni adalah salah satu cara yang paling berkesan lah kalau anda nak buat tawaran yang tak dapat ditolak oleh pelanggan.
Elemen-elemen ni jugak sangat penting penting untuk bantu anda naikkan lagi jualan ecommerce nanti.