Bisnes secara online telah menjadi satu perkara penting buat peniaga-peniaga terutamanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Pada Mac 2020, perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan di Malaysia dan memaksa banyak perniagaan dan kedai untuk ditutup. Banyak sektor pekerjaan dan perniagaan terkesan dengan pandemik ini. Oleh itu, ramai orang sudah mula berniaga secara online bagi melangsungkan hidup.
Namun, masih ada sesetengah peniaga yang masih belum menggunakan E-commerce untuk bisnes online mereka kerana beranggapan bahawa E-commerce ini merupakan suatu perkara yang remeh dan leceh.
Tahukah anda bahawa E-commerce mampu menyumbang banyak kelebihan untuk bisnes online anda. Di sini kami akan kongsikan cara bagaimana E-commerce boleh membantu bisnes online anda.
1# Boleh Kembangkan Brand
Salah satu kelebihan apabila anda menggunakan E-commerce untuk bisnes online anda adalah anda dapat mengembangkan jenama produk anda sendiri.
Pernah tak anda menjual barang di marketplace seperti Shopee atau Lazada? Jika pernah, mesti anda sudah sedia maklum bahawa menjual produk di marketplace bukannya satu perkara yang mudah untuk meluaskan jenama kerana terlalu banyak persaingan.
Sebagai contoh, apabila pelanggan ingin membuat carian produk yang anda jual di Shopee, tak semestinya produk anda akan berada di carian teratas. Ini yang menyebabkan jenama anda susah untuk berkembang.
Apabila menjual di marketplace, anda juga perlu menjaga rating sebagai seller. Kalau sudah namanya menumpang, perlulah jaga prestasi anda sebagai seller di Shopee. Balas mesej dan pos kena laju, barang jangan sampai rosak, dan banyak lagi yang perlu dijaga. Jika tidak, anda akan dikenakan penalti dan akaun anda boleh ditutup sekiranya prestasi anda terus menurun.
Bukan itu sahaja, apabila anda menjual di marketplace, kebanyakan pelanggan akan menganggap bahawa produk anda adalah milik marketplace tanpa menyedari bahawa jenama anda yang sebenarnya itu adalah benar-benar wujud. Senang cerita, siapa yang membeli produk anda itu hanya akan ingat marketplace itu sendiri dan bukannya jenama anda.
Tapi kalau guna E-commerce, anda dapat kawal sepenuhnya cara anda jalankan bisnes. Ini termasuklah design, copywriting dan cara bisnes anda berfungsi. Anda bebas menentukan susun atur yang paling sesuai dengan produk anda dan minat pelanggan sasaran anda selain tidak perlu membayar komisen untuk pihak ketiga.
Dengan adanya E-Commerce sendiri, anda dah tak perlu nak bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain macam dalam Shopee. Nak kembangkan brand sendiri pun jadi mudah.
#2- Membantu Menaikkan Jualan
Bagi peniaga yang fokus dekat kedai fizikal, pasti akan berasa terbeban dengan kos sewa kedai, bil, gaji staf dan lain-lain. Kadang-kadang untung tak banyak pun tetapi terpaksa keluarkan duit pula untuk bayar semua itu. Bukan itu sahaja, peniaga juga bergantung sepenuhnya pada orang yang lalu-lalang di depan kedai untuk membeli barang.
Dengan menggunakan E-commerce, pelanggan yang berada di luar kawasan anda juga akan dapat mengetahui mengenai kehadiran produk anda.
Urusan jual beli akan menjadi lebih mudah kerana mereka tidak perlu membuat pembelian lagi di kedai fizikal anda kerana E-commerce membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara online sahaja.
Bila berniaga di kedai fizikal ni juga, jumlah pelanggan agak terhad sebab tak ramai orang dapat akses. Contoh lah, sebelum ini cuma ada kedai fizikal sahaja, anggaran sales sebulan mungkin dalam RM2000 sahaja sebab bergantung kepada berapa ramai pelanggan yang datang.
Apabila anda menggunakan E-commerce, anda boleh capai lebih ramai pelanggan melalui Facebook Ads, Instagram Ads dan SEO. Jadi, sales akan meningkat kerana anda mempunyai banyak sales channel dan bukannya tertumpu pada offline sahaja.
#3- Capai Lebih Ramai Pelanggan
Dengan kemudahan internet, berjuta orang dari serata dunia dapat melihat website anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mempunyai peluang yang besar untuk kembangkan bisnes anda dan capai lebih ramai pelanggan berbanding dengan kedai fizikal.
E-commerce membolehkan anda mencapai pelanggan yang berada luar dari kawasan anda. Contohnya, jika anda tinggal di Cyberjaya, orang luar dari Cyberjaya juga boleh nampak produk anda. Bukan macam kedai fizikal yang terhad di kawasan persekitarannya sahaja. E-commerce membolehkan anda mendapatkan pelanggan dari serata dunia tanpa ada batasan.
Peniaga-peniaga yang ingin terus bertahan dalam bidang perniagaan perlulah menyesuaikan diri dengan keadaan yang sedang berubah ini. Jika anda terus tumpu pada kedai fizikal sahaja dan mengharapkan orang lalu lalang di hadapan kedai semata-mata untuk membeli barang anda, dikhuatiri perniagaan anda tidak akan mampu bertahan.
Tapi kalau sebut tentang E-commerce mesti akan ada yang menganggap bahawa E-commerce ini satu perkara yang susah dan leceh. Biasanya apabila nak bina website E-commerce sendiri, anda wajib mempunyai pengetahuan teknikal, iaitu kena tahu cara untuk coding. Kalau tidak ada pengalaman dalam coding, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk belajar disebabkan ianya sangat teknikal. Jadi, anda terpaksa upah developer diluar sana untuk siapkan website sendiri. Kos untuk upah developer agak mahal. Tambah lagi kalau anda minta untuk custom design.
Sebab itulah kalau nak senang, anda buat sahaja E-commerce website menggunakan Shoppegram. Shoppegram adalah sebuah platform untuk bina website E-commerce dengan 3 langkah mudah sahaja.
Bina website E-commerce dengan hanya upload, setup dan terus boleh live.
Langkah 1 – Upload produk anda
Masukkan produk beserta maklumat lengkap yang lain. Contohnya seperti gambar, video, deskripsi produk, harga dan sebagainya.
Langkah 2 – Setup kedai online anda
Di step yang kedua ini, anda sudah boleh mula masukkan gambar logo dan banner. Hanya perlu upload sahaja di laman utama website.
Anda juga boleh ubah suai theme website mengikut identiti jenama sendiri tanpa perlu melibatkan sebarang coding.
Langkah 3 – Website anda dah sedia untuk ‘LIVE’
Apabila dah siap 2 step seperti di atas, website anda secara automatik akan terus LIVE. Maksudnya pelanggan terus dapat akses untuk masuk ke website anda.
Jadi, anda sudah boleh mulakan iklan traffic untuk bawa pelanggan masuk ke dalam website agar mereka membuat pembelian.
Kelebihan terbesar E-commerce ini adalah ianya memudahkan semua urusan perniagaan. Semua pesanan pelanggan akan terus masuk di website. Pelanggan beli saja dalam website kemudian terus bayar. Anda tidak perlu layan pelanggan lagi. Tak perlu susah payah nak kena bagi nombor akaun dekat pelanggan.
Dengan adanya E-commerce ini, bisnes online anda pastinya akan lebih berjaya dan membantu mengubah perniagaan anda lebih-lebih lagi di dalam pendemik Covid-19 ini.