5 Bisnes Online Yang Anda Boleh Mula Tanpa Perlu Modal

Bukan senang nak buat bisnes online pada zaman sekarang. Tambah lagi kalau tak ada duit modal yang cukup. Kalau silap langkah, duit dah labur banyak tapi untung tak nampak langsung. 

Saya percaya sebab itulah ramai yang takut nak mulakan bisnes online sebab takut perkara macam ni berlaku, betul tak?

Jadi kali ni saya nak kongsikan 5 bisnes online yang anda boleh mula tanpa perlu modal

Dropship

Bisnes dropship ialah sejenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok dan juga penghantaran barang. Dalam erti kata lain, anda hanya perlu menguruskan tempahan dan menerima pembayaran daripada pelanggan. 

Apabila anda berjaya mendapatkan order, barang tersebut semuanya akan diuruskan oleh pihak pengeluar ataupun pembekal yang memberikan perkhidmatan tersebut.

Dengan menjadi dropship juga, anda tidak perlu untuk mengeluarkan duit modal langsung. Risiko kerugian dalam bisnes juga dapat dielakkan kerana anda tidak menyimpan sebarang stok untuk produk.

Servis

Bisnes servis ini adalah antara bisnes online yang senang untuk dibuat. Ianya tidak memerlukan modal kerana bermula dengan kemahiran yang anda ada sahaja. Sebagai contoh, jika anda adalah seorang web designer, anda boleh buat freelance dengan cara ambil servis untuk bina website.

Upah untuk membina website anda boleh caj mengikut jenis design website yang diminta oleh pelanggan. Kos upah boleh meningkat naik sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit bergantung kepada pengalaman dan ilmu yang anda ada.

Jual barangan Pre-order

Secara ringkasnya, pre-order adalah barangan dimana pelanggan perlu membuat booking untuk produk tersebut dengan cara membuat pembayaran terlebih dahulu. Cadangan deposit yang terbaik adalah melebihi 50% daripada harga produk. 

Supaya anda tidak perlu menampung sebarang kos produk, penghantaran dan sebagainya. Apabila sudah sampai di tangan pelanggan, barulah anda meminta mereka untuk membuat pembayaran penuh.

Untuk barangan pre-order, anda perlu menetapkan satu jangka masa tertentu supaya pelanggan tahu bila mereka akan dapat produk. Kebiasannya paling lama masa yang diambil untuk barang sampai adalah 2-3 minggu.

Affiliate

Konsep affiliate adalah anda jual produk orang lain dengan hanya menggunakan link yang diberikan khas kepada kita. Ini bermaksud, apabila pelanggan menggunakan link tersebut untuk buat pembelian, anda akan mendapat komisyen mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

Affiliate ini lebih kurang macam dropship sahaja. Cuma bezanya dropship adalah jualan di alam nyata dan affiliate pula di alam maya. Kebiasannya pembeli tidak akan tahu yang mereka menggunakan link affiliate untuk buat pesanan produk. 

Ini kerana, pembayaran terus dibuat di website platform affiliate yang anda gunakan. Sebagai contoh, kalau anda promosikan link affiliate di Lazada, mereka akan terus buat pesanan dan pembayaran produk di website Lazada, bukan melalui anda.

Jualan produk digital

Produk digital adalah item yang boleh dijual dari satu pihak ke pihak lain melalui cara digital seperti muat turun fail elektronik atau akses ke laman web. Kebiasannya produk digital ini merupakan jenis berfaedah seperti hiburan atau maklumat yang dapat digunakan oleh pengguna untuk keperluannya sendiri.

Produk digital biasanya merangkumi beberapa item yang mungkin sudah anda beli atau gunakan seperti E-book, kursus atas talian (Online course) atau grafik secara digital. Untuk membuat produk digital, ia tidak memerlukan modal yang besar dan anda cuma perlu tahu niche apa yang bersifat evergreen sepanjang masa.

Contoh niche yang evergreen seperti online course yang ditawarkan oleh Shoppegram ni sendiri iaitu Online Course E-commerce Masterclass.

Di dalam online course ini, pengguna akan belajar cara untuk setup website E-commerce dengan mudah tanpa menggunakan coding menggunakan sistem Shoppegram. Boleh follow video panduan step by step sampailah berjaya bina website E-commerce sendiri.

Nak lihat demo betapa mudahnya untuk bina website menggunakan sistem Shoppegram? Boleh klik disini, Online Course

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *