Boleh ke dropship menjual dengan menggunakan website e-commerce?

Ramai seller online dekat luar sana yang salah anggap, kalau nak ada website ecommerce ni, wajib kena ada produk sendiri dulu.

Maksudnya, kita kena jadi Founder ataupun ejen, barulah boleh buka website ecommerce sendiri.

Sebenarnya kan, ini satu tanggapan yang tidak berapa tepat.

Andai kata lah anda baru berniaga dan jadi dropship, anda boleh sahaja terus guna website ecommerce untuk bantu naikkan jualan.

Bila buat bisnes guna ecommerce ni, anda boleh pilih sama ada nak guna katalog store ataupun sales page.

Apa yang dimaksudkan dengan katalog store ini?

Katalog store adalah paparan kepada produk dalam website. Yang mana, customer boleh tengok produk yang kita jual by category dan sebagainya.

Kalau sebelum ini, bila customer ingin lihat detail produk, anda perlu bagi satu persatu maklumat melalui whatsapp.

Tapi, dengan adanya katalog store ni, mereka masuk sahaja dalam website, terus boleh nampak segala maklumat berkenaan produk. 

Katalog store ni sesuai untuk dropship yang ada pelbagai jenis produk sebab anda boleh buat produk variants dan option.

So, apa fungsi utama catalogue store ni?

Antara fungsi utama yang ada dalam catalogue store adalah, ready made themes, product catalogue, SSL certificates, custom domain, mobile friendly, shopping cart, easy checkout, payment gateway dan discount & upsell.

Sebagai contoh, kalau anda buat dropship bisnes fesyen, anda boleh buat produk katalog based on kategori produk fesyen yang anda jual.

Bila buat product catalogue ni, lagi mudah prospek nak cari produk yang mereka inginkan.

Bila dah pilih, mereka boleh terus buat pembayaran sebab dalam katalog sendiri dah ada fungsi payment gateway. Mudah kan?

Untuk sales page pula, sesuai untuk dropshipper yang jual 1 produk sahaja dan tak ada produk variants.

Product variants ni biasanya kita akan guna untuk buat lebih daripada 1 pilihan untuk produk yang sama.

Antara fungsi utama yang ada dalam page builder adalah drag & drop, grid layout, button checkout, image, video, countdown timer, custom styling, mobile friendly & custom html.

Contohnya, anda jual produk hair dryer. Produk jenis ni biasanya tak akan ada varian produk.

Anda boleh letak segala info yang lengkap berkenaan produk tersebut dalam 1 page sahaja yang kita panggil sebagai sales page.

Anda juga boleh asingkan division content dalam sales page by warna. Misalnya, untuk content testimoni, anda sudah gunakan background yang berwarna putih.

Jadi, untuk content yang seterusnya pula, anda boleh gunakan warna grey. Jadi, lebih mudah prospek nak baca dan fahamkan content dalam sales page nanti. 

Anda juga boleh masukkan mej atau video berkenaan produk di dalam sales page untuk tarik perhatian pelanggan.

Apa yang paling menarik bila anda guna sales page adalah, customer boleh terus checkout untuk buat pembelian produk.

Dalam Shoppegram, kami ada sediakan features sales page drag & drop builder yang mana user boleh design & bina sales page sendiri tanpa perlu ada sebarang coding.

Hanya perlu drag & drop sahaja dan korang juga boleh susun layout untuk mobile mahupun desktop dengan mudah sahaja!

Dengan menggunakan Ecommerce, order management juga akan jadi lebih sistematik. 

Bayangkan kalau anda guna cara manual untuk uruskan order. Anda perlu semak dahulu duit customer tiap kali mereka buat pembayaran.

Iyalah, anda mestilah nak pastikan sama ada duit tu dah masuk ke belum dalam akaun bank sebelum nak teruskan dengan postage.

Tapi, dengan adanya fungsi pengurusan order ni, anda boleh semak secara terus sama ada pelanggan dah buat payment atau tidak dekat bahagian dashboard dalam Ecommerce. 

Di bahagian dashboard ni, anda boleh terus nampak detail customer seperti nama, no telefon, alamat, jumlah yang mereka bayar dan juga produk apa yang pelanggan beli. 

Antara fungsi utama yang ada dalam order management yang boleh bantu proses inventori, order dan juga database pelanggan dengan lebih mudah & sistematik adalah order status, built in fulfillment, draft order & sync, abandoned order, order notifications dan juga reporting.

Selain itu, anda juga boleh update status pesanan kepada pelanggan dengan hanya 1 klik sahaja.

Sebagai contoh, kalau anda dah terima order daripada pelanggan tersebut dan dalam proses untuk packing order, anda boleh sahaja terus tukar status produk tersebut kepada “Processing” dalam sistem.

Jadi, pelanggan akan terus dapat update secara automatik dekat email mengenai progress pesanan mereka

Dalam Ecommerce juga ada features untuk marketing integration. 

Antara marketing integration yang selalunya ada dalam website ecommerce adalah FB pixel, FB catalogue, IG shopping, google analytics, google adwords, GTM, SMS marketing, webhook dan lain-lain.

Nak set up marketing integration dalam website ecommerce ni, anda kena tahu teknikal sikit sebab ianya melibatkan coding.

Tetapi, kalau anda buat website ecommerce guna platform Shoppegram, anda boleh aktifkan integration dengan platform marketing seperti FB Ads & Google tanpa perlukan coding teknikal.

Hanya perlu paste ID pixel sahaja. Mudah kan?

Jadi, apa fungsi marketing integration dalam website ecommerce dan macam mana ianya dapat bantu anda jana jualan nanti?

Sebagai contoh, anda boleh gunakan FB Pixel untuk track pelawat yang masuk ke dalam website yang datangnya dari iklan FB Ads.

Data visitor website yang dah di collect oleh FB Pixel ni nanti, anda boleh gunakan untuk buat iklan FB yang lebih baik supaya iklan menjadi lebih berkesan.

Anda boleh bina custom audience sendiri seperti custom audience website visitor untuk 30 hari yang lepas.

Atau, website visitor yang dah tekan button checkout tapi masih tak buat pembayaran untuk 30 hari yang lepas.

Dengan adanya FB pixel ni, anda dapat buat iklan yang lebih tepat sebab ianya akan lebih spesifik kepada target audiens.

Last sekali, payment boleh dibuat secara serta merta menggunakan payment gateway bila anda buat bisnes guna Ecommerce.

Antara contoh payment gateway provider yang ada dekat malaysia sekarang adalah Billplz, Bizappay, Securepay, Stripe dan lain-lain.

Anda boleh sahaja pilih mana-mana payment gateway mengikut kesesuaian bisnes masing-masing.

Tapi, anda kena ingat. Bila nak guna payment gateway ni, anda kena tahu apa requirement yang diperlukan untuk pendaftaran nanti.

Sebab, ada sesetengah payment gateway yang memerlukan korang ada akaun semasa dan SSM untuk mendaftar. Contohnya seperti Billplz dan Securepay.

Kalau korang tak ada lagi SSM atau akaun semasa, anda boleh sahaja guna dahulu Bizappay.

Hanya perlukan ic dan personal akaun sahaja untuk verification nanti.

Untuk flow checkout dalam ecommerce pula bila anda gunakan payment gateway ni, duit yang dibayar oleh pelanggan melalui online banking akan masuk ke dalam akaun seller dalam masa 1-3 hari bekerja selepas payment gateway yang anda pilih dah release settlement

Kalau anda pengguna Shoppegram dan pilih untuk guna Securepay, anda dah boleh tengok settlement dalam dashboard Shoppegram sendiri.

Lagi senang nak monitor bila duit dah masuk dalam akaun nanti.

Kesimpulannya, kalau anda baru nak ada website Ecommerce, anda boleh cuba cari mana-mana ecommerce provider dan cuba daftar akaun trial terlebih dahulu.

Anda boleh cuba explore dan tengok sama ada produk anda sesuai atau tidak untuk gunakan Ecommerce.

Kalau rasa sesuai, barulah anda langgan mana-mana pakej yang ecommerce provider tawarkan.

Anda boleh juga guna Shoppegram sebab shoppegram juga sediakan akaun trial percuma 14 hari.

Jadi, boleh cuba familiar dengan ecommerce dulu dan kalau ada isu teknikal ke, korang terus je contact team teknikal Shoppegram dekat Livechat untuk dapatkan bantuan.

Tak perlu susah payah nak troubleshoot hal teknikal macam ni seorang diri lagi. Senang sahaja kan?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *