Bagaimana Facebook Pixel Boleh Membantu Strategi Pengiklanan E-commerce

Pernah tak anda buka mana-mana website untuk shopping, anda sudah klik butang Add To Cart dan nak teruskan ke bahagian Checkout page tapi tiba-tiba tak dapat teruskan ke proses pembayaran.

Kemudian, anda buka Facebook atau Instagram, tiba-tiba anda ternampak iklan yang sama macam produk yang anda minat tadi. Mesti anda rasa pelik kan macam mana Facebook dan Instagram boleh tahu yang anda sudah berminat dengan produk tadi?

Sebenarnya itu adalah salah satu cara untuk buat Retargeting atau Follow-up dengan menggunakan Facebook Pixel.

Tapi, apa yang dimaksudkan dengan Facebook Pixel ini?

Facebook Pixel adalah teknologi dari Facebook yang mana anda boleh gunakan ia untuk menjejak pelawat website yang datang dari iklan Facebook Ads. 

Bermula dari saat potensi pelanggan nampak iklan mengenai produk anda di Facebook sehinggalah mereka mula masuk ke dalam website, semuanya boleh dikesan dengan menggunakan Facebook Pixel. 

Kenapa anda perlu meletakkan Facebook Pixel di dalam website E-commerce?

Facebook pixel akan memberikan maklumat penting yang dapat anda gunakan untuk membuat iklan Facebook yang lebih baik supaya iklan anda lebih berkesan.

Data yang terdapat di dalam Facebook Pixel akan membantu anda dalam memastikan iklan anda dapat dilihat oleh potensi pelanggan yang berkemungkinan besar akan mengambil tindakan terhadap iklan seperti yang anda inginkan. 

Jika website anda menggunakan Facebook Pixel, anda boleh membuat iklan Facebook Ads menggunakan Campaign Conversion. Di mana anda boleh membuat iklan khas untuk dapatkan leads atau prospek yang memang akan membuat pembelian melalui website menggunakan data yang anda dapat dari Facebook sendiri.

Selain itu, anda juga boleh membuat Custom Audience berdasarkan data pelanggan yang telah melawat masuk ke dalam website E-commerce dengan cara mengklasifikasi kan mereka ke dalam beberapa kategori yang anda inginkan untuk digunakan pada iklan Facebook Ads nanti.

Sebagai contoh, anda boleh membina Custom Audience seperti custom audience website visitor untuk 30 hari yang lepas atau website visitor yang telah tekan butang Checkout tetapi masih belum membuat pembayaran untuk 30 hari yang lepas. Ini akan memudahkan lagi anda untuk membuat iklan yang lebih tepat dan ianya akan lebih spesifik kepada audiens sasaran.

Untuk meletakkan Facebook Pixel di dalam website anda yang telah siap dibina menggunakan sistem Shoppegram, anda hanya perlu copy ID dan paste kan sahaja ke dalam bahagian Preferences di dalam sistem Shoppegram.

Nak tahu langkah selanjutnya bagaimana cara untuk setting Facebook Pixel di dalam sistem shoppegram? Klik Sini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *