Bagaimana Fungsi Shipping Boleh Membantu Dalam E-commerce

Ramai usahawan yang dah ada website, tapi masih belum mahir untuk menggunakan fungsi Shipping di dalam sistem Shoppegram. Jadi kali ini saya akan kongsikan 3 perkara yang anda perlu faham bagaimana cara untuk gunakan fungsi Shipping yang sebenarnya di dalam sistem Shoppegram. 

#1 Boleh membuat penetapan Cash-On-Delivery

Sebenarnya jika anda mempunyai bisnes makanan, anda boleh sahaja menggunakan fungsi Shipping di dalam sistem Shoppegram. Anda boleh membuat penghantaran secara Cash-On-Delivery sahaja. Untuk penghantaran secara COD ini, anda boleh membuat penetapan secara Poskod.

Sebagai contoh, anda membuat penghantaran makanan hanya di sekitar Selangor sahaja, anda boleh membuat penetapan bagi kawasan tersebut dengan cara meletakkan poskod bagi kawasan yang anda boleh membuat penghantaran secara COD di dalam sistem Shoppegram. Kadar caj penghantaran pula anda boleh tetapkan berdasarkan 2 cara di dalam sistem kami iaitu secara “Weight based rates” atau “Price based rates”.

Untuk “Weight based rates”, anda boleh meletakkan berapakah berat bagi minimum order dan maximum order bagi produk anda. Bagi “Price based rates” pula, anda boleh meletakkan berapakah jumlah minimum order dan maximum order yang diperlukan oleh pelanggan untuk membolehkan mereka dapat memilih penghantaran secara COD ini.

#2 Penetapan bagi Free Shipping dan COD secara serentak pada produk tertentu.

Fungsi shipping di dalam sistem Shoppegram juga membolehkan pelanggan dapat membuat penetapan bagi Free Shipping dan COD secara serentak di bahagian Checkout page. 

Sebagai contoh, anda mempunyai bisnes pakaian dan menjual Baju Kurung dan Baju Kebaya. Tetapi, untuk produk Baju Kurung, anda ingin meletakkan 2 jenis penghantaran iaitu secara Free Shipping dan COD. Jadi, anda boleh membuat penetapan setting bagi produk Baju Kurung tersebut sahaja yang mempunyai pilihan seperti yang anda inginkan. 

Untuk membuat penetapan ini, anda perlu mengubah setting bagi Shipping produk tersebut sahaja dengan cara enable button “Requires Shipping and Pickup’” dan “Free Shipping”.

#3 Gunakan integration bersama Shipping Provider

Untuk pelanggan yang melanggan Plan Premium, anda akan dapat menggunakan fungsi Shipping provider.  Buat masa sekarang, hanya Myparcel Asia, Sendparcel, Delyva dan Easyparcel sahaja yang mempunyai integration di dalam sistem Shoppegram.

Fungsi ini akan membolehkan anda untuk menguruskan pesanan dengan lebih sistematik kerana anda akan mendapat satu AWB (Airwaybill) terhadap order yang telah dibuat di mana ianya akan dijana secara automatik sahaja daripada mana-mana provider yang anda telah pilih.

Dengan menggunakan shipping provider juga, anda dapat menentukan samaada anda ingin memilih cara pengutipan item daripada pihak mereka dibuat menggunakan kaedah Dropoff atau Pickup. 

Dropoff bermaksud, anda perlu menghantarkan barang tersebut ke pejabat pos yang berhampiran manakala untuk pickup pula, pihak courier akan menghantar kenderaan mereka untuk mengambil barang yang telah di pesan di alamat yang anda telah tetapkan semasa penetapan lokasi untuk pickup. 

Bagi pelanggan yang melanggan Plan Basic dan Standard, untuk melakukan proses pengeposan barang, anda boleh menggunakan Shipping carriers seperti Poslaju, Gdex, Skynet dan J&T Express. Jika anda menggunakan Shipping carriers, segala proses pengurusan order anda perlu buat secara manual.

Sebagai contoh, anda menggunakan perkhidmatan Poslaju untuk tujuan pengeposan barang. Jadi, anda perlu membeli sampul Poslaju terlebih dahulu, isikan maklumat pelanggan di consignment note. Kemudian, anda perlu menghantar bungkusan itu sendiri di mana-mana Poslaju yang berhampiran dan setelah ianya selesai, anda perlu update tracking number pelanggan di dalam sistem Shoppegram.

Tetapi, jika anda menggunakan shipping provider, anda sudah dapat menjimatkan masa dari segi penghantaran barang kerana anda perlu isi AWB dan boleh membuat penetapan terus di mana lokasi yang anda ingin pihak provider mengambil pesanan anda untuk dihantar kepada pelanggan. Sangat mudah kan?

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan features yang ada bagi setiap pakej yang ditawarkan oleh Shoppegram, anda boleh Klik Sini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *