Tips Membuat Headline Menarik Untuk Sales Page Ecommerce

Headline yang menarik mampu buatkan prospek kita stay lebih lama.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi sedikit tentang perkara asas yang paling penting iaitu Headline di dalam sales page.

Headline sales page memainkan peranan yang utama apabila prospek mula masuk ke dalam sales page anda.

Sekiranya, headline yang anda tulis berkenaan produk/servis yang ingin dijual, tidak mampu menarik perhatian prospek, mereka akan terus keluar daripada website anda tanpa sempat membaca bahagian lain di dalam sales page.

Sebelum saya mula, saya nak disclaimer sedikit. Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis mazhab atau ideologi tentang strategi-strategi headline ni.

Tapi apa yang akan kami kongsikan pada anda ini adalah 100% berdasarkan pengalaman kami sendiri setelah beratus-ratus jenis headline yang telah kami test sendiri.

Jadi untuk itu jom kita teruskan pembacaan dengan topik kali ini.

Yang pertama sekali, anda boleh buat headline jenis hook atau headline solution.

Apa yang dimaksudkan dengan headline jenis hook ni? Headline jenis hook adalah headline yang digunakan untuk attract perhatian bakal prospek anda.

Headline solution pula adalah headline yang mana kita highlight bagaimana produk yang kita cuba jual ni boleh bantu selesaikan masalah prospek.

Untuk hasilkan headline jenis hook atau headline solution ni, anda perlu tahu apakah angle yang anda ingin gunakan.

Sebagai contoh, anda buat bisnes skincare. Yang mana, anda jual produk untuk cerahkan kulit.

Jadi, angle yang anda boleh gunakan adalah nak bantu wanita yang ingin cerahkan kulit dalam masa yang singkat sahaja.

Contoh headline hook yang sesuai untuk angle ini adalah,

“Set Produk Putihkan Kulit Dalam Masa 30 Hari Sahaja!”

Untuk headline solution, anda boleh tulis contoh headline seperti ini,

“3 Regimen Khas Skincare Untuk Bantu Anda Dapatkan Kulit Wajah Yang Cantik Tanpa Cela”

Jika anda lihat, dua-dua jenis hook ini membawa maksud yang sama iaitu Putihkan kulit = Kulit wajah tanpa cela.

Karakter Headline Hook ni sebenarnya lebih kepada menarik perhatian atau HYPE. Manakala karakter Headline Solution lebih kepada terus terang.

Tapi perhatikan kepada jenis ayat yang digunakan; putihkan kulit vs kulit wajah tanpa cela.

Di mana perkataan putihkan kulit lebih mudah faham untuk beginner, dan perkataan kulit wajah tanpa cela lebih dekat dengan pengguna yang memang fokus kepada penjagaan kulit wajah.

Jadi di sini, anda kena pastikan jenis customer anda yang bagaimana. Sama ada pelanggan anda adalah yang zero atau sudah ada produk knowledge.

Atau erti kata lain, beginner atau advance. Jika beginner, gunakan Headline Hook, jika advance gunakan Headline Solution.

Pastikan anda gunakan ayat yang sesuai untuk level customer anda. Jika beginner, elakkan penggunaan bahasa yang complicated atau jargon. Gunakan bahasa yang general dan mudah faham.

Yang kedua, anda boleh highlight benefit utama produk untuk dijadikan sebagai headline.

Salah satu teknik untuk menulis tajuk headline terbaik adalah dengan mengubah benefit utama produk anda menjadi tajuk utama.

Sekurangnya bila prospek masuk ke dalam sales page dan nampak headline, anda dapat terus tunjukkan kepada mereka apa selling points bagi produk yang ingin dijual.

Sebelum anda nak tulis headline yang highlight benefit produk, anda kena clear dulu berkenaan USP produk.

Sebagai contoh, anda jual produk gadget iaitu penghalau nyamuk secara elektronik.

Antara USP bagi produk anda adalah, produk ini tidak akan mempunyai bunyi bising apabila dipasang. Jadi, headline yang anda boleh buat di dalam sales page anda adalah,

“Satu-satunya lampu penghalau nyamuk yang anda perlu beli sekarang untuk dapatkan tidur yang lena”

Dekat sini, perkataan dapatkan tidur yang lena sebenarnya anda sedang highlight benefit utama produk anda jika mereka menggunakannya nanti. Senang kan?

Yang ketiga, anda boleh kemukakan soalan yang berbentuk provokatif di headline.

Beberapa headline sales terbaik telah mengemukakan soalan yang melibatkan pembaca secara langsung.

Tapi, anda kena ingat. Jika ingin gunakan headline dari jenis ini, soalan anda tidak boleh dibuat secara random.

Maksudnya, anda tak boleh buat soalan yang tak ada hala tuju. Soalan yang anda perlu buat mestilah berkaitan secara langsung dan jelas dengan faedah utama produk.

Ia juga mestilah mendorong pembaca untuk menjawab ‘YA’ atau sekurang-kurangnya, “Saya tidak pasti, tetapi saya ingin mengetahui lebih lanjut”.

Sebagai contoh, anda buat bisnes servis dan anda ingin promote kelas memasak kuih sempena bulan kemerdekaan ini. Jadi, headline yang anda boleh buat adalah,

“Nak Belajar Cara Buat Roti Jala Viral Dalam Masa 2 Jam Sahaja”?

Apabila prospek lihat headline seperti ini di dalam sales page, mereka mesti akan menjawab “YA” sebab mereka ingin tahu bagaimana cara untuk memasak roti jala viral dalam masa singkat sahaja sedangkan realitinya, untuk buat roti jala ini akan mengambil masa yang agak lama.

Yang terakhir, anda juga boleh masukkan elemen angka atau nombor. Elemen angka ni boleh dibahagi kepada 2 iaitu elemen angka yang menunjukkan bilangan pengguna yang telah menggunakan produk anda ataupun elemen angka yang menunjukkan keberkesanan produk anda.

Sebagai contoh, anda menjual supplemen kesihatan iaitu produk kuruskan badan.

Yang mana, anda beri jaminan bahawa siapa yang menggunakan produk anda ini akan dapat kurus tanpa perlu exercise.

Headline elemen angka yang anda boleh gunakan adalah seperti,

“Jimat 30 minit masa exercise anda dengan ABC++ slimming juice ini”.

Dekat sini, anda telah highlight elemen angka dari segi masa iaitu 30 minit. Untuk prospek anda yang tidak mempunyai masa untuk exercise, sudah pasti mereka akan tertarik dengan headline ini dan meneruskan pembacaan keseluruh sales page untuk lihat lebih lanjut berkenaan produk yang anda jual.

Jadi sebagai kesimpulan ada banyak cara yang kita boleh guna pakai untuk menulis headline sales page yang menjual.

Satu perkara yang paling penting adalah memahami tujuan headline itu sendiri iaitu tak lain tak bukan adalah untuk membuatkan prospek teruskan membaca pada perenggan seterusnya hingga habis.

Macam yang telah saya sebutkan tadi, jika headline kita tidak menarik maka prospek pun akan jadi kurang berminat untuk teruskan pembacaan hingga habis.

Apa sahaja strategi yang anda pilih, jangan membuat keputusan terlalu cepat. Cuba praktis, try & error.

Baru nak ada website Ecommerce sendiri? Boleh cuba daftar akaun trial Shoppegram percuma 14 hari sekarang!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *