3 Kelebihan Menggunakan Sistem Pembayaran Online

Pernah tak anda mengalami situasi dimana apabila pelanggan membuat pembelian, tetapi mereka membayar dengan jumlah yang salah?

Kemudian, anda terpaksa meminta pelanggan untuk membuat pembayaran bagi jumlah yang sebenarnya kembali, tetapi pelanggan terus bluetick kan anda sahaja selepas anda membuat pemulangan balik bagi wang tersebut.

Mesti anda mula rasa frust kan? Ini belum lagi apabila anda terpaksa semak satu persatu wang yang masuk setiap kali ada pembayaran daripada pelanggan. 

Sebab itulah ramai pemilik bisnes yang mula menggunakan E-commerce dan menggunakan payment gateway seperti Billplz, Bizappay, Stripe dan Securepay untuk memudahkan urusan jual beli. 

Jadi kali ini saya akan kongsikan 3 kelebihan menggunakan payment gateway di dalam Shoppegram.

#1 Urusniaga lebih selamat

Dengan menggunakan payment gateway ini, urusan urusniaga akan lebih selamat. Ini kerana, untuk pendaftaran payment gateway, ianya memerlukan maklumat SSM anda.

Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan SecurePay atau Billplz di dalam sistem Shoppegram, anda perlu sertakan sekali maklumat SSM dan akaun semasa sewaktu pendaftaran. Bagi pemilik bisnes yang tidak mempunyai SSM, anda boleh menggunakan Bizappay sebagai payment gateway di dalam sistem Shoppegram. 

Jadi, apabila pelanggan membuat pembelian menggunakan payment gateway ini, urusan urus niaga akan lebih selamat kerana pemilik website tidak boleh melakukan sebarang penipuan terhadap pengguna. Ini akan menyebabkan pelanggan tidak merasa ragu-ragu untuk melakukan urusan jual beli dengan anda. 

#2 Proses transaksi yang cepat

Jika sebelum ini anda menggunakan cara manual seperti Whatsapp, apabila pelanggan ingin membuat pembayaran, mereka perlu mendapatkan nombor akaun terlebih dahulu daripada anda.

Bayangkan apabila terdapat 30 pelanggan serentak meminta nombor akaun anda. Sudah pasti anda akan merasa penat kerana terpaksa memberikan perkara yang sama kepada pelanggan satu persatu. 

Dari sudut pelanggan pula, mereka akan cepat merasa bosan apabila terpaksa menunggu lama semata-mata ingin mendapatkan nombor akaun. Jadi, tidak pelik lah situasi ini akan menyebabkan ramai pelanggan mula membatalkan niat untuk membuat pembelian kerana tidak suka menunggu terlalu lama.

Sebab itulah, jika anda mempunyai payment gateway, pelanggan boleh terus membuat pembayaran dengan lebih cepat berbanding dengan cara manual.

Kebiasannya apabila pelanggan membuat pembayaran, jangkamasa untuk wang tersebut masuk ke dalam akaun penjual adalah 1-3 hari bekerja jika anda menggunakan Securepay, Billplz atau Bizappay di dalam sistem Shoppegram.

#3 Menyenangkan pemilik website

Mempunyai sistem pembayaran secara online ini bermaksud kedai anda akan sentiasa dibuka 24 jam. Pelanggan boleh terus membuat pembelian walaupun pada waktu tidur anda. Berbanding jika anda menggunakan whatsapp, masa untuk pelanggan untuk membuat pembelian adalah terhad kerana anda tidak semestinya sentiasa mempunyai masa untuk membalas whatsapp pelanggan.

Jika anda menggunakan Securepay sebagai sistem pembayaran online, anda terus dapat melihat settlement di dalam dashboard Shoppegram. Ini bermakna, anda tidak perlu login ke dalam akaun Securepay semata-mata ingin melihat transaksi wang yang masuk ke dalam akaun anda. 

Untuk dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai perbezaan bagi setiap payment gateway yang ada di dalam sistem Shoppegram, anda boleh rujuk jadual dibawah ini. 

SecurePayBillplzBizappayStripe
Caj transaksi (Dikenakan kepada seller)RM 1RM 1.50RM 1RM1 + 3%, on site checkout untuk credit card
Built in settlement di dalam Shoppegram
Onsite checkout
Callback function
Support local bank credit card
3D secure authentication
Accept multiple currencies, dan worldwide
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *