Kenapa Anda Perlu Automasikan Bisnes Hari Ini! 

Anda banyak habis masa balas 1001 Whatsapp dari prospek semata untuk close sale?

Dah penat layan prospek kat Whatsapp, mereka terlupa pula nak buat bayaran. Lagi sedih, prospek tak berminat langsung nak membeli. 

Bukan tu je, bila semua anda kena buat secara manual, Whatsapp prospek pun balas dengan lambat. Tu yang buatkan mereka lagi hilang mood nak membeli dengan anda.

Jadi macam mana kita nak atasi masalah – masalah ini dan pada masa yang sama dapat boost sales?

Dengan, Automasikan Bisnes Anda Hari Ini!

Ini dapat membantu melaksanakan tugas-tugas yang berulang dengan lebih cekap dan automatik supaya anda dan tim dapat fokus kepada tugas-tugas perniagaan yang lain.

Anda boleh automasikan bisnes anda dengan membina sales page atau website E-commerce anda sendiri. Itu juga dengan mengikut kesesuaian niche anda masing-masing. 

Jadi apa yang anda dapat dengan automasikan bisnes anda?

1# Close sale secara automatik 

Sebelum tu, anda kena tahu fungsi sales page. Ia adalah untuk menjual satu produk atau satu jenis produk sahaja. Dan ia juga berfungsi untuk menjawab segala pertanyaan prospek berkenaan produk anda. 

Oleh itu, sales page anda perlu lah lengkap dengan segala maklumat, testimoni pelanggan, dan tawaran yang menarik untuk prospek lakukan pembelian. 

Anda boleh kaji struktur sales page yang sesuai untuk niche anda. 

Dengan itu, anda dah tak perlu lagi nak balas whatsapp prospek satu-satu. Anda boleh close sale dengan automatik sambil lakukan kerja lain yang perlukan lebih perhatian anda. 

2# Kedai anda buka 24jam 

Impian setiap bisnes owner: Tidur pun sales masuk!

Kalau ada bisnes offline, kita akan ikut kudrat sendiri. Habis waktu kerja, tutup kedai. Bila sakit, MC. Tapi susah lah untuk scale up kalau kita gunakan cara lama itu. 

Bila anda automasikan bisnes, kedai anda boleh buka 24jam. Prospek pun ada je yang lebih suka membeli waktu malam ni. 

Anda bangun je dari tidur, terus urus order! Tak perlu nak pening kepala layan 1001 soalan prospek. Biar sales page yang uruskan semua itu. 

3# Semak bayaran pelanggan secara automatik 

Pernah tak anda close sale prospek melalui Whatsapp, dan bila mereka nak lakukan pemindahan wang, anda kena bagi nombor akaun bank anda dahulu. 

Kemudian, kena semak statement bank satu-satu untuk pastikan pelanggan dah lakukan pembayaran. Ini untuk pastikan anda tidak ditipu sebelum urus order pelanggan tersebut. 

Tapi dengan automasi, perkara itu semua boleh dilakukan dengan satu klik sahaja. 

Kerana apabila transaksi tidak dilakukan, anda tidak akan dapat notifikasi untuk urus order. Dengan itu, ini sudah menjimatkan banyak masa anda. 

4# Memudahkan proses pembelian pelanggan 

Dengan sales page atau website E-commerce, anda dapat memudahkan proses pembelian pelanggan.

Sales page yang cukup dengan maklumat produk dan tawaran yang menarik, akan tingkatkan lagi pengalaman pelanggan yang membeli dengan anda. Ini adalah penting kerana pelanggan yang lalui proses pembelian yang bagus apabila membeli dengan anda, kebarangkalian akan lakukan pembelian dengan anda lagi sekali. 

Nyataan ini disokong oleh Olsen (2020), 81% pelanggan yang lalui perkhidmatan pelanggan yang positif akan mempengaruhi keputusan mereka untuk membuat pembelian lagi sekali.

Kesimpulannya, E-commerce ini dapat mudahkan tugas-tugas rutin harian anda dengan mudah dan pantas. Tambahan lagi dapat tingkatkan efisien dalam melakukan suatu kerja. 

Automasi juga dapat bantu anda untuk dapatkan hasil dengan cepat. Ini adalah satu kelebihan supaya anda boleh merangka langkah seterusnya dalam bisnes anda. 

RUJUKAN: 

Olson, S., & Writer, S. (2022, June 2). 7 ways to build customer loyalty (and why it’s important). Zendesk. Retrieved October 21, 2022, from https://www.zendesk.com/blog/build-customer-loyalty/ 

    Comments are closed