Masih terdapat ramai pemilik bisnes di luar sana yang fokus pada offline marketing sahaja.
Dengan adanya internet, anda bukan sahaja boleh bersosial dengan rakan-rakan atau sekadar hiburan di waktu lapang semata-mata. Anda juga boleh menjana pendapatan dengan membuat bisnes online.
Di sini saya kongsikan 5 sebab mengapa anda perlu mula buat bisnes secara online.
1# Masa Yang Fleksibel
Mempunyai kedai fizikal memerlukan anda untuk membuka dan menutup kedai pada masa yang ditetapkan. Ini pasti membuatkan anda berasa letih kerana terikat dengan waktu untuk jaga kedai dari pagi sehingga malam.
Berbeza dengan perniagaan kedai fizikal, bisnes online beri anda masa yang lebih fleksibel. Anda bebas melakukan pelbagai kerja lain. Tidak perlu bersusah payah untuk tunggu pelanggan di kedai sepanjang hari. Hanya duduk di rumah sahaja sudah boleh berniaga.
Semuanya di hujung jari! Bisnes anda boleh dijalankan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
Jika anda merupakan seorang suri rumah, pastinya lebih mudah untuk anda meluangkan masa untuk membuat kerja rumah. Bisnes anda masih berjalan seperti biasa walaupun sedang sibuk menguruskan anak serta keluarga.
2# Menjana Sumber Kewangan Sampingan
Bisnes online boleh dikategorikan sebagai bisnes yang stabil, tidak susah untuk diuruskan, dan boleh menjana hasil kewangan dengan mudah.
Cuba bayangkan jika anda boleh menjana pendapatan sampingan yang tinggi pada usia muda, dan anda gunakannya untuk melabur dalam bisnes korporat, atau hartanah ketika anda sudah dewasa. Sudah pasti ianya menarik dan membuatkan kewangan anda jadi semakin stabil.
Generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.
Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan yang memerlukan mereka bekerja dari pagi sehingga malam, lebih baik mereka fikir jalan keluar untuk mempunyai kawalan penuh kepada masa depan hidup mereka.
Buat pelajar-pelajar universiti amatlah digalakkan untuk buat bisnes online kerana ianya dapat menjana kewangan sampingan untuk simpanan masa depan. Semua urusan dilakukan secara alam maya, jadi anda tidak perlu untuk memegang stok. Jika sudah dapat jana kewangan sampingan, serba sedikit ianya dapat membantu menampung perbelanjaan harian anda tanpa memerlukan wang dari ibu bapa semata-mata.
3# Kos Bisnes Yang Rendah
Sebelum munculnya zaman Facebook dan E-commerce, bukannya mudah bagi seseorang yang berumur 20-an untuk memulakan bisnes sendiri.
Sudah pasti mereka tiada akses kepada pinjaman bank, kad, kredit dan sewa bangunan pada masa itu. Semua operasi bisnes dijalankan secara manual.
Tetapi kini, semuanya telah berubah. Bisnes online secara umumnya boleh mengurangkan kos untuk mereka mulakan bisnes sendiri.
Anda tidak perlu keluarkan modal yang besar bagi menyewa atau membeli lot kedai untuk dijadikan premis perniagaan.
Cukup dengan sekadar membuka kedai online menggunakan platform media sosial yang percuma seperti Facebook dan Instagram. Tiada kedai fizikal diperlukan.
Dapatlah anda menggunakan duit tersebut untuk marketing dan lain-lain.
Katakan lah kalau anda mahu membuka sebuah kedai fizikal, anda perlu membelanjakan sejumlah wang untuk membayar duit deposit dan sewa kedai mengikut perjanjian iaitu 2 bulan deposit + 1 bulan sewa bulan pertama beserta RM 2000 deposit api air dan RM 300 untuk agreement.
Itu belum lagi termasuk perabot untuk kedai, upah pekerja dan sebagainya. Jumlah keseluruhan boleh memakan hingga puluhan ribu. Jadi, kalau ada bisnes online ini anda telah jimat banyak kos di situ.
4# Capai Lebih Ramai Pelanggan
Dengan kemudahan internet boleh capai lebih ramai pelanggan dari serata dunia. Anda tidak perlu travel jauh untuk dapat deal yang besar. Kita juga dapat peluang untuk pergi lebih jauh dengan hanya menggunakan media sosial.
Kelebihan bisnes online ini adalah kita boleh sasarkan iklan yang lebih baik dengan Facebook Pixel. Facebook Pixel adalah sebuah mekanisma tracking atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Mekanisma penjejak untuk menjejaki dan merekod data siapakah pelawat yang masuk ke website kita.
Ia memberikan maklumat penting yang pengguna dapat gunakan untuk membuat iklan Facebook agar dapat menyasarkan iklan dengan lebih baik. Data yang dikumpul oleh Facebook Pixel ini dapat membantu pengguna memastikan iklan yang telah dibuat akan dilihat oleh orang yang kemungkinan besar akan mengambil tindakan yang mereka inginkan.
Ini membolehkan pengguna meningkatkan kadar penukaran iklan Facebook dan mendapatkan ROI yang lebih baik seterusnya membantu kita untuk target iklan pada segmen audience yang betul.
Jika sebelum ini anda buka kedai fizikal dekat Cyberjaya, jadi anda hanya harapkan orang-orang kawasan situ sahaja. Tetapi jika anda buka kedai online, pelanggan anda tidak terhad di kawasan persekitaran sahaja. Orang luar dari Cyberjaya juga boleh nampak produk anda.
5# Mudah Untuk Diuruskan
Anda tidak perlu bimbang jika anda tiada kemahiran dalam IT kerana membina kedai online adalah sangat mudah jika anda menggunakan Shoppegram.
Terdapat banyak fungsi yang disediakan oleh Shoppegram seperti pengurusan data pelanggan, pengurusan pesanan dan pengurusan inventori.
Sistem pengurusan inventori di dalam Shoppegram membenarkan pengguna untuk menguruskan stok mereka sendiri dengan cara automatik sahaja. Jika sebelum ini pengguna terpaksa memberi maklumat setiap produk kepada pelanggan satu persatu dari segi harga barang, jumlah produk, saiz, warna dan sebagainya secara manual.
Tetapi dengan menggunakan sistem ini, pembeli yang ingin membeli produk yang dijual oleh pengguna boleh melihat secara terus sahaja semua deskripsi bagi setiap produk di dalam website pengguna.
Untuk urusan pesanan juga adalah sangat mudah. Pesanan yang diterima akan terus masuk di website. Pelanggan boleh terus mengisi maklumat penerima seperti nama, alamat dan nombor telefon di bahagian ‘checkout’. Ini bermaksud, pengguna sudah tidak perlu menulis maklumat penerima secara manual.
Pengguna juga akan menerima notifikasi apabila ada pesanan yang telah dibuat di website mereka. Ini akan menyebabkan sistem pengurusan pesanan pengguna menjadi lebih sistematik dan senang untuk diurus.
Mungkin sebelum ini anda merasakan yang uruskan stok merupakan suatu perkara yang leceh kerana perlu kira dan beri maklumat setiap produk kepada pelanggan satu persatu dari segi harga barang, jumlah produk, saiz, warna dan sebagainya secara manual. Tetapi apabila ada kedai online urusan akan jadi mudah sebab semuanya secara automatik.
Tidak dapat dinafikan, adat berniaga sudah semestinya ada susah dan cabarannya tersendiri. Sebab itu, kalau nak senang, automasikan bisnes online anda dengan Shoppegram. Ramai pemilik bisnes yang baru nak ada kedai online sendiri akan menggunakan platform Shoppegram.
Shoppegram adalah sebuah platform untuk bina website E-commerce dengan 3 langkah mudah sahaja.
Daftar sahaja akaun, upload produk kemudian website anda boleh terus siap. Tak tahu tentang coding bukan lagi masalah utama. Jika ada sebarang masalah atau error, team support teknikal akan terus bantu anda. Jadi, anda tak perlu pening kepala untuk faham term-term teknikal.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Shoppegram boleh layari sahaja ke https://shoppegram.com.