Categories
Uncategorized

Optimumkan Sales Page Anda Dengan Mudah!

Penting sangat ke optimumkan website ni?

Sebab kita dah banyak luangkan masa design website dan letak maklumat tentang produk, tak kan lah tak nak produk tu semua dijual. 

Anna F. (2022) menyatakan, optimasikan website ini adalah untuk tarik minat pelanggan dan mudahkan mereka untuk gunakan website anda. Kalau optimasikan website ini tidak diambil peduli, usaha dan waktu anda gunakan untuk cipta konten yang bagus semua sia-sia. 

Tambahan, website anda perlu ada loading speed yang laju!

Darren Low (2022) ada menyatakan, 47% prospek menjangkakan paparan website mengambil masa kurang dari 2 saat manakala seramai 40% prospek akan keluar dari website sekiranya paparan mengambil masa lebih dari 3 saat. 

Maksudnya ini akan mempengaruhi conversion rate sales page anda dalam jangka masa yang panjang. Ye lah, macam mana prospek nak membeli kalau tak dapat nak baca sales page kan?

Jadi, tak kira lah cantik mana design sales page anda, tak guna juga kalau paparan website anda lambat keluar. 

Sebelum tu, anda boleh uji kelajuan website anda di GTMetrix. Kalau grad anda A atau B, Tahniah! Kalau C dan lain-lain, jangan risau, saya akan beritahu cara untuk optimumkan lagi sales page anda.

Apa yang anda boleh buat adalah, kompres dan optimumkan imej untuk sales page

Dengan meletakkan visual dalam sales page, ia akan meningkatkan lagi kualiti kandungan sales page anda. Walaubagaimanapun, imej yang besar juga boleh menyebabkan loading speed website yang lambat.

Oleh itu, cara paling mudah untuk tingkatkan kelajuan website anda adalah dengan kompres dan optimumkan imej-imej anda. 

Anda boleh gunakan website di Google yang boleh kompres imej-imej anda dengan menukar format fail, atau membolehkan lazy loading. Seperti TinyPNG atau CompressJPEG.

Dengan mengurangkan saiz fail imej anda, anda dapat mengurangkan ‘berat’ sales page dan membantu laman anda dimuatkan lebih cepat.  

Seterusnya, optimumkan website anda untuk penggunaan telefon bimbit. 

Optimasikan laman web anda untuk digunakan daripada semua peralatan, bukan hanya untuk desktop. Ini kerana peralatan mudah alih ini digunakan oleh hampir setengah daripada trafik web di seluruh dunia.

Sangat lah rugi kalau anda tak dapat nak memenuhi keperluan mereka yang menggunakan alat mudah alih ini. 

Kalau anda menggunakan Shoppegram, dah tak perlu risau. Kerana platform kami sudah sedia optimum untuk penggunaan telefon bimbit. 

Kemudian, analisis data dari website anda. 

Dengan membuat perkara ini, anda dapat kenal pasti di mana kesalahan yang anda lakukan dalam website anda dan dapat perbaikinya dengan cepat.

Jika anda dapati link click website anda tinggi tapi kadar pembelian rendah, anda boleh gunakan HotJar untuk tengok customer behavior yang masuk ke website anda. 

Kalau ramai prospek tekan soalan-soalan lazim, maksudnya sales page anda tidak jelas tentang penerangan produk. Dan kalau prospek hanya baca dan scroll, kemungkinan tawaran yang diberikan tak menarik.

Dari analisis itu anda dah boleh rangka tindakan seterusnya dan perbaiki sales page anda. 

Kesimpulannya, bisnes dalam E-commerce ni memang banyak perkara yang perlu diambil kira. Daripada saiz imej untuk website, hingga lah ke analisis data prospek yang lawat website anda. Tetapi apabila anda sentiasa sedar akan kesilapan sendiri dan perbaikinya dengan cepat, anda dapat mengelakkan diri dari melakukan kerugian yang besar. 

RUJUKAN:

Fitzgerald, A. (2022, July 13). Website optimization for beginners: Ultimate guide to site improvement. HubSpot Blog. Retrieved October 21, 2022, from https://blog.hubspot.com/website/web-optimization 

Low, D. (2022, March 23). 6 reasons why website speed matters. Bitcatcha. Retrieved October 18, 2022, from https://www.bitcatcha.com/blog/6-reasons-why-website-speed-matters-how-amazon-would-lose-1-6-billion-if-it-slowed-down/