Pantang Larang Dalam Menguruskan Website Ecommerce

Anda pernah tak alami situasi dimana pelanggan lebih suka membuat pembelian di whatsapp walaupun anda sudah mempunyai website E-commerce?

Mesti waktu tu kita dah mula rasa frust, betul tak? Iyalah, tujuan kita buat website ni, supaya senang nak auto close sales.

Tapi customer masih cari kita dekat whatsapp semata-mata nak tanya pasal produk.

Itu maksudnya, anda masih lagi tak tahu apa perkara yang anda wajib elakkan bila dah ada website Ecommerce untuk elakkan isu seperti ini berlaku lagi.

Yang pertama sekali, anda tak transparent dengan customer.

Macam mana nak nampak transparent dengan customer ni? Maksudnya, kita tak nak prospek anggap kita ni scammer.

Jadi macam mana caranya?

Okay, senang jer. Anda kena pastikan semua contact information, tak kisah lah email ke, nombor telefon ke, dapat di akses dengan mudah di dalam website.

Pastikan bila prospek masuk sahaja ke dalam website anda, mereka boleh nampak semua info ni.

Tak kisahlah sama ada anda nak letakkan maklumat ni di bahagian main menu atau footer menu website.

Anda juga boleh letak apa-apa maklumat yang anda inginkan di dalam page yang berbeza.

Contohnya seperti di page About Us, Contact Us, Refund Policy, Shipping Policy dan Sebagainya.

Andaikata lah anda nak letakkan semua maklumat diri di dalam page about us di bahagian footer menu website.

Yang mana, dalam page tersebut ada semua maklumat lengkap berkenaan syarikat anda.

Anda juga boleh meletakkan alamat syarikat anda beroperasi dan juga cara untuk mereka hubungi anda jika ada isu berkaitan order atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk.

Bayangkan kalau semua maklumat ini tak ada dalam website anda, bila pelanggan masuk ke dalam website anda dan mereka tak jumpa apa-apa detail berkenaan seller, mestilah mereka pun mula akan hilang trust dekat kita kan?

Yang kedua, pastikan speed website anda pantas.

Macam mana nak pastikan website anda load dengan pantas?

Haaa yang ni agak teknikal sikit. Sebab rata-rata pemilik website ecommerce kurang mahir tentang perkara teknikal bila menguruskan website mereka.

Jadi yang paling utama adalah, anda kena elakkan daripada upload gambar yang bersaiz agak besar seperti 2MB ke atas.

Kalau anda nak upload gambar ni kan, disarankan guna size 500kB ke bawah bagi setiap gambar. Baru lah website anda laju macam The Flash!

Nampak mudah je kan?

Tapi ramai terlepas pandang perkara macam ni. End up, tak ramai customer yang akan masuk ke dalam website anda.

Yelah, bila klik je, website nak loading kemain lama, mestilah diorang akan rasa frust dan decide nak keluar je dari website anda tanpa sempat tengok produk yang mereka inginkan tadi.

Saya nak kongsi 1 kajian yang dibuat oleh DoubleClick ni.

Mereka ada mention yang 53% pengguna yang menggunakan mobile version ni tak akan teruskan dengan pembelian kalau masa untuk website loading ambil masa lebih daripada 3 saat.

Kan dah rugi kalau kita tak optimize speed website ni.

Jadi, Kat mana nak semak speed ‘load time’ website ni? Alaa senang je. Anda Google je website PageSpeed Insights.

Nanti, anda akan tengok berapa peratus speed website anda dan bahagian mana yang perlu improve kalau nak optimize speed time ni. Senang kan?

Yang ketiga, anda tak buat langsung kempen pengiklanan dan pemasaran untuk Ecommerce.

Sebenarnya, normal je kalau anda baru nak buat bisnes online menggunakan Ecommerce anda memang tak ada trafik lagi.

Kalau nak harapkan customer jumpa website kita melalui Google, ia akan ambil masa yang agak lama untuk Google memproses website anda agar senang dicari atau dijumpai di enjin carian.

Anda pula, tak bolehlah nak harapkan pelanggan terus dapat jumpa atau masuk ke dalam website anda selalu secara automatik.

Sebab tulah, sangat penting untuk anda tahu strategi dalam ‘online’ marketing. Antara teknik pemasaran dan pengiklanan yang anda boleh guna adalah FB Ads, IG Ads, Google Ads, SEO dan Email Marketing.

Contohnya, kalau anda nak buat iklan menggunakan FB/IG Ads untuk bawa masuk trafik yang berkualiti, anda perlu letakkan FB Pixel dalam Ecommerce untuk track pelawat yang masuk ke dalam website.

Dengan adanya FB pixel ni, anda boleh buat iklan yang lebih berkesan sebabnya anda boleh aim terus iklan tersebut kepada audiens mana yang anda inginkan berdasarkan data pelawat yang dah ada dalam FB pixel ni.

Biasanya nak set up FB pixel ni, teknikal sikit. Tapi, kalau anda guna Shoppegram, kami dah sediakan built in Facebook Pixel yang mana anda hanya perlu copy paste ID FB Pixel dan masukkan terus ke dalam website Shoppegram anda.

Yang keempat, anda tak letakkan maklumat lengkap berkenaan produk di dalam website.

Anda perasan tak?

Kadang-kadang, kita ni dah ada website ecommerce sendiri tapi customer pula lebih suka lagi whatsapp kita untuk dapatkan details berkenaan produk.

Mesti anda mula rasa pelik kan?

Yelah, kita nak ada website ni sebab nak mudahkan proses auto close. Tak payah nak reply whatsapp customer 24 jam lagi.

Tapi, ni masih ada juga customer yang hantar whatsapp lagi. Sebab itulah, anda kena semak balik sama ada maklumat berkenaan produk yang ada di dalam website anda dah lengkap ataupun tidak.

Antara maklumat biasa berkenaan website yang perlu ada di dalam website anda adalah harga, kuantiti, saiz, warna, cara penjagaan bila nak basuh (kalau anda buat bisnes pakaian), warranty (jika ada) dan sebagainya. Sebagai contoh, kalau anda buat bisnes F&B.

Misalnya macam website Blend ini yang dah dibina menggunakan Shoppegram.

Kalau anda masuk ke dalam website Blend, anda akan nampak yang mereka telah letakkan maklumat lengkap berkenaan produk tersebut dari segi cara penyediaan, berat produk, testimoni dan juga video behind the scenes untuk tarik minat pelanggan untuk membeli.

Cara ni akan lebih memudahkan pelanggan untuk faham berkenaan produk yang mereka jual.

Bila kita dah letakkan semua maklumat lengkap berkenaan produk di dalam website, konfem pelanggan tak kan whatsapp kita lagi untuk minta details berkenaan produk.

Website ni ibarat kedai online. Bila ada kedai online, ianya tak sama seperti kedai fizikal.

Kalau kedai fizikal ni, mereka boleh terus dapat tengok dan rasa produk sendiri depan mata.

Sebab tulah kita kena kreatif bila dah ada kedai online ni untuk pastikan prospek lebih mudah faham produk apa yang dijual oleh kita sebaik sahaja mereka masuk ke dalam website.

Pantang larang dalam Ecommerce ni sangat penting untuk pastikan website kita berjaya convert kepada jualan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *