3 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Pastikan Catalogue Store Menarik

Pernah tak anda mengalami situasi dimana pelanggan lebih suka membuat pembelian di whatsapp walaupun anda sudah mempunyai website E-commerce?

Dah cuba buat iklan seperti Facebook Ads dan bawa trafik masuk ke dalam website tetapi pelanggan masih lagi tekan butang ke whatsapp juga. Mesti waktu itu anda mula frust dan mula mencari punca di mana silapnya. Betul?

Sebab itulah untuk anda perlu praktik kan 3 perkara ini untuk pastikan website anda mampu menarik perhatian pelanggan untuk membuat pembelian.

1# Letak kan maklumat yang lengkap berkenaan produk

Bayangkan apabila terdapat 30 orang pelanggan yang bertanyakan anda berkenaan produk yang sama dan anda terpaksa bagi detail untuk produk tersebut kepada pelanggan satu-persatu, sudah pasti anda akan merasa penat.

Sebab itulah ramai pemilik bisnes mula beralih ke E-commerce. Dengan mempunyai website E-commerce, anda boleh meletakkan terus details berkenaan produk tersebut termasuklah harga. 

Sebagai contoh website Blend  ini yang telah menggunakan sistem Shoppegram ini, mereka telah memasukkan maklumat lengkap berkenaan produk tersebut dari segi cara penyediaan, berat produk, testimoni dan juga video Behind The Scenes bagi menarik minat pelanggan untuk membeli.

Ini akan lebih memudahkan pelanggan untuk faham mengenai produk yang dijual. Apabila anda sudah meletakkan maklumat lengkap berkenaan produk, sudah pasti pelanggan tidak akan meminta detail produk lagi daripada anda.

Tutorial cara setting Produk Fizikal seperti Blend: Klik Sini

2# Asingkan produk mengikut kategori

Bagi pemilik bisnes yang mempunyai banyak kategori produk, anda boleh menggunakan features category yang ada di dalam sistem Shoppegram.

Jika anda mempunyai bisnes di dalam bidang Fesyen seperti Heshdity dan mempunyai banyak pilihan produk, anda boleh mengasingkan produk anda mengikut kriteria masing-masing. 

Sebagai contoh, jika pelanggan ingin melihat semua koleksi yang ada untuk produk yang berada di bawah kategori Tabby, mereka hanya perlu menekan kategori tersebut sahaja. 

Tutorial cara setting Kategori bagi produk: Klik Sini

#3 Gunakan Fungsi Variants 

Bagi pemilik bisnes yang mempunyai lebih dari satu pilihan bagi produk yang sama, anda boleh menggunakan fungsi Variants.

Produk variants ini adalah sub item bagi produk Options. Sebagai contoh, anda menjual baju kurung bagi kanak-kanak perempuan dan mempunyai banyak pilihan saiz, jadi anda boleh menggunakan fungsi variants di dalam website anda.

Dengan menggunakan fungsi ini, pelanggan akan dapat membuat pilihan bagi saiz yang mereka inginkan dengan cara menekan sahaja mana-mana butang Variants yang anda telah tetapkan. 

Tutorial cara setting Variants: Klik Sini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *