5 Strategi Pemasaran Dalam E-commerce

Pernah tak anda membuat carian di enjin carian mengenai sesuatu produk dan anda menjumpai hasil carian yang banyak berkenaan produk tersebut?

Sebagi contoh, anda ingin membuat carian berkenaan Chromebook. Jadi, apabila anda menaip sahaja Chromebook di enjin carian, akan keluar pelbagai produk yang berkaitan dengan Chromebook seperti dibawah ini,

Disebabkan itulah anda perlu sedar bahawa dengan persaingan di dalam talian yang begitu banyak ini, anda mestilah mempunyai strategi pemasaran E-commerce yang mampu menarik perhatian pengguna untuk membuat pembelian terhadap produk yang dijual oleh anda berbanding pesaing yang lain.

Jadi, hari ini saya akan kongsikan 5 strategi pemasaran yang berkesan untuk E-commerce.

#1 Retargeting

Retargetting adalah salah satu strategi pemasaran yang mana ianya dapat memaparkan iklan terhadap pengguna yang telah masuk ke dalam website anda. Sebagai contoh, pelanggan yang telah masuk ke dalam website anda di bahagian Checkout page dan tidak meneruskan dengan pembayaran, anda membuat iklan khas untuk pelanggan tersebut dengan cara menawarkan harga promosi agar mereka kembali ke website anda untuk membuat pembelian. Iklan retargeting hanya boleh dilakukan jika anda meletakkan Facebook pixel di dalam website anda sahaja. 

#2 Content Marketing

Content marketing terdiri banyak daripada pelbagai aktiviti seperti blog, video, panduan berkenaan produk, infografik dan gambar yang mampu menarik perhatian pelanggan sasaran terhadap produl yang dijual oleh anda. Tetapi, anda harus ingat bahawa jika anda ingin menggunakan strategi content marketing ini, ianya tidak boleh dilakukan untuk menjual produk secara langsung. Sebaliknya anda perlu mendidik prospek terlebih dahulu di samping meningkatkan kesedaran mereka terhadap produk anda.

Sebagai contoh, website E-commerce yang mempromosikan pelbagai jenis fesyen wanita yang terbaru tidak boleh menulis artikel berkenaan jenis koleksi terbaru mereka. Sebaliknya, pemilik website tersebut boleh menulis apakah kualiti yang harus dicari oleh pelanggan di dalam produk mereka. Sebagai contoh, jika anda ingin menekankan berkenaan kualiti material, anda boleh menulis artikel berkenaan jenis material apakah yang harus dipilih oleh pelanggan anda jika mereka tidak ingin merasa panas dibawah cahaya matahari yang terik. 

#3 Automasi E-mail Marketing

Teknik pemasaran melalui emel adalah satu keperluan bagi jenama E-commerce kerana ini adalah salah satu kaedah terbaik untuk mempengaruhi pelanggan dan menyakinkan mereka untuk membeli lebih banyak produk anda. 

Walaupun strategi ini tidak popular seperti saluran pemasaran yang lain seperti Facebook dan Instagram, E-mel tetap menjadi kaedah komunikasi yang teratas bagi kebanyakan pengguna dengan kadar ROI rata-rara 122%. Kebiasannya automasi E-mail marketing akan melibatkan penghantaran emel promosi secara bersistemasik kepada prospek dan pelanggan.

Jika anda menggunakan Shoppegram, kami telah mempunyai features template emel yang mana ianya akan dihantar secara automatik sahaja kepada pelanggan. 

Berikut adalah contoh bagi template  E-mel yang ada di dalam sistem Shoppegram. 

Pengesahan pesanan

E-mel ini akan dihantar kepada pelanggan setelah berjaya membuat pesanan untuk mengesahkan penerimaannya. E-mel ini mengandungi maklumat mengenai item pesanan, penghantaran, penagihan, dan status pesanan.

Penghantaran pesanan

E-mel ini akan dihantar kepada pengguna untuk memberitahu pelanggan bahawa barangan yang dibeli oleh mereka sedang dalam proses penghantaran. 

Fail sudah tersedia untuk dimuat turun (Khas untuk produk digital)

Pengguna boleh meletakkan fail untuk dimuat turun oleh pelanggan setelah mereka selesaikan proses pembayaran. Apabila status pesanan pelanggan diubah menjadi ‘Paid’, mereka boleh mula muat turun pesanan digital melalui link yang dihantar oleh pengguna secara automatik melalui E-mel.

Perubahan status pesanan 

Pelanggan akan mendapat E-mel ini apabila pengguna mula memproses pesanan yang telah dibuat oleh mereka. 

Checkout abandoned

Fungsi ini dipanggil sebagai e-mel peringatan. Yang mana, apabila pelanggan telah menambah pesanan mereka didalam bahagian ‘add to cart’ tetapi tidak meneruskan dengan pembayaran. Jadi, pelanggan tersebut akan menerima checkout abandoned E-mail sebagai untuk mengingatkan mereka agar meneruskan dengan proses pembayaran. Untuk makluman anda, emel bagi checkout abandoned cuma ada di dalam Plan Premium sahaja.

#4 Affiliates Marketing

Affiliates marketing akan menghubungkan pedagang atau pengiklan dengan independent marketer yang ingin menjual produk mereka sebagai pertukaran untuk pembayaran. Strategi ini lebih fokus kepada produk seperti review, perbandingan dan testimoni yang boleh membantu menaikkan trafik masuk ke dalam website syarikat tersebut.

E-commerce adalah niche perniagaan yang berkait rapat dengan affiliates marketing kerana ia mewakili aliran penjualan langsung. Setiap penjualan yang datang dari affiliate ini akan membolehkan affiliate tersebut memperoleh komisyen yang telah ditetapkan. Kebiasannya pemilik website tesebut hanya akan membayar kepada affiliate jika mereka berjaya membuat pelanggan melakukan tindak yang diinginkan oleh pemilik seperti membuat pembelian bagi produk mereka. 

#5 Social Media Marketing

Tanpa mengira industri, platform social media telah menjadi salah satu daripada saluran pengiklanan yang sering digunakan oleh pemilik bisnes yang mempunyai website E-commerce. Sebagai rangkaian social media yang paling popular di dunia, Facebook telah menjadi titik mula permulaan di dalam dunia E-commerce.

Dengan mempunyai hampir 1.5 billion pengguna aktif, jadi ini adalah peluang terbaik untuk anda merangkan strategi agar bakal pelanggan akan dapat mengetahui mengenai kehadiran produk anda. Perkara pertama yang perlu buat adalah mempunyai page untuk E-commerce anda.

Kemudian, anda boleh mula berkongsi gambar berkenaan produk, membuat pengumuman berkenaan jualan dan perkara lain yang anda ingin pelanggan tahu mengenai produk anda. Tetapi, untuk pastikan bakal pelanggan tertarik dengan produk yang ingin dijual, pastikan anda telah memasukkan gambar produk anda yang menarik sahaja. 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *