3 Struktur Kempen Marketing Yang Penting Untuk Bina Brand Dengan E-commerce

Sekarang ni memang tak dinafikan yang dah ramai pemilik bisnes mula ada Ecommerce. Boleh dikatakan website Ecommerce ni dah jadi satu keperluan untuk buat bisnes online. Iyalah, bila dah guna Ecommerce ni, senang nak close sales secara automatik.

Bisnes owner pula hanya perlu fokus dekat iklan berbayar sahaja. Tapi, masih ramai lagi yang tak tahu cara nak buat struktur kempen marketing yang boleh bantu convert lebih banyak trafik kepada jualan dan bina jenama jenama jangka masa panjang dengan ecommerce.

Kali ni saya nak share 3 struktur kempen marketing yang anda boleh terus guna untuk convert lebih banyak trafik kepada jualan. Dan, pada masa yang sama juga, strategi ni dapat bantu anda bina brand dengan menggunakan Ecommerce  

Yang pertama sekali, anda boleh buat kempen prospecting. 

Apa yang dimaksudkan dengan kempen prospecting? Kempen prospecting ni, dalam bahasa mudahnya adalah satu kempen yang mana kita nak cari atau educate prospek yang berkualiti dengan mesej yang tepat atau relevan dengan produk dan jenama bisnes kita.

Sebenarnya, banyak je teknik yang anda boleh guna pakai kalau nak buat kempen prospecting ni. Contohnya, anda boleh guna Facebook Ads, Google Ads, SEO, content marketing dan education marketing. Bila nak buat kempen prospecting ni, tak bermaksud kita wajib buat iklan berbayar selalu. Cara organik seperti content marketing pun boleh je anda buat asalkan prospek aware dengan brand dan produk yang anda cuba nak jual. 

Katakanlah anda buat bisnes dalam niche health & beauty. Produk yang anda jual pula serum khas untuk melebatkan rambut. Jadi, anda boleh buat kempen prospecting yang mana anda share 5 tips untuk melebatkan rambut dengan cepat dan berkesan. Anda boleh je kongsi tips ni berdasarkan bahan-bahan utama serum anda. 

Sebagai contoh, bahan utama serum anda adalah Aloe vera. Jadi, anda boleh share macam mana cara nak guna aloe vera untuk lebatkan rambut. Di akhir video kempen pula, anda boleh ajak prospek untuk klik link produk yang anda dah letakkan.

Kempen prospecting dalam bentuk education tips ni sebenarnya dapat bantu anda sampaikan mesej yang relevan kepada spesifik customer. Dekat sini pun anda dah boleh mula filter audiens.

Sebabnya, hanya audiens yang betul-betul berminat sahaja akan klik link produk anda untuk masuk ke dalam website Ecommerce. Filtering audiens ini akan memudahkan kita untuk convert kepada sales kerana trafik yang masuk ke dalam website semuanya berkualiti.

Struktur kempen yang kedua pula adalah kempen retargeting. 

Kempen ini akan bantu anda untuk target kembali prospek yang masuk ke dalam website tapi masih tak buat pembelian. Anda boleh je gunakan Facebook Ads, Google Ads, whatsapp automation, SMS, email atau sebagainya sebagai salah satu dalam teknik retargeting.

Dengan buat kempen retargeting ni, anda boleh target kembali pelanggan yang telah masuk ke dalam website. Yang mana, mereka dah tambah produk ke dalam cart, tetapi tak teruskan dengan proses checkout. Untuk pelanggan di dalam kategori ini, anda boleh buat cart abandoned campaign.

Cart abandoned campaign ini ibarat kempen peringatan yang mana ianya akan mengingatkan pelanggan untuk lengkapkan kembali order mereka. Anda boleh guna email ataupun whatsapp untuk reminder atau buat follow up kepada prospek. 

Kalau anda pengguna Shoppegram, anda boleh guna features automatic abandoned checkout email. 

‘Automatic abandoned checkout email’ adalah follow-up menggunakan email. Email ni akan dihantar secara automatik kepada pelanggan yang telah menambah produk di bahagian ‘cart’. Tetapi, mereka terus keluar daripada website tanpa membuat apa-apa pembelian. Anda juga boleh customize sendiri ayat yang anda nak letakkan dalam automatic abandoned checkout email.

Sebagai contoh, anda boleh sahaja customize ayat template yang Shoppegram telah sediakan mengikut citarasa sendiri. Contoh ayat seperti‘ Hi, Nora. Anda masih lagi berminat untuk dapatkan Tissa Dress dari kami? Pastikan anda klik link dibawah ni untuk teruskan dengan pembayaran sementara stok masih ada’.Mudah kan?  

Kempen marketing yang terakhir yang anda boleh buat adalah kempen retention. 

Kempen retention ni lebih kepada untuk pastikan customer sedia ada repeat membeli. Sekaligus dapat naikkan nilai jualan serta bina jenama bisnes untuk jangka masa panjang.

Dengan adanya kempen retention ni, anda juga dapat wujudkan kelompok audiens yang loyal kepada brand anda. Yang mana di masa akan datang, mereka akan mula menjadi raving fans kepada jenama anda.

Biasanya untuk kempen retention, anda boleh guna teknik promosi menggunakan kupon, upsell atau cross-sell dan juga untuk dapatkan testimoni/feedback/review.

Tujuan utamanya adalah untuk mewujudkan customer relation di antara anda sebagai seller dengan pelanggan. Untuk pastikan customer sedia ada akan menjadi repeat buyer, anda boleh sahaja create kan kupon code khas. Cara nak blast blast code diskaun ni, anda boleh gunakan SMS. 

Contohnya, anda buat bisnes F&B. Produk yang anda jual pula adalah produk kopi seperti website Blend ni. Sebagai tanda penghargaan kepada customer yang dah buat pembelian, anda boleh sahaja create diskaun kod less 15%.

Dengan syarat, mereka mestilah spend minimum pembelian RM100 untuk next purchase kalau nak guna kupon code ni. Macam mana nak set diskaun kod ni dalam website Ecommerce anda? Anda kena lihat sama ada Ecommerce provider yang anda gunakan tu, ada tawarkan ke tak features macam ni. Kalau dalam Shoppegram, kami dah sediakan fungsi kupon yang advance. 

Apabila user Shoppegram nak buat promosi diskaun kepada customer, mereka cuma perlu create je kupon diskaun ni dalam website masing-masing. Mereka juga boleh tetapkan usage limit, tempoh valid diskaun kod ini dan produk mana yang mereka nak bagi harga diskaun.

Bila customer masuk je ke dalam website anda, mereka hanya perlu add to cart produk yang nak dibeli. Masukkan kod diskaun yang anda dah create tadi. Jadi, jumlah harga produk yang mereka perlu bayar setelah tolak harga diskaun, akan ditunjukkan secara auto terus pada bahagian checkout. Easy peasy!

Dengan menggunakan 3 Struktur kempen marketing ini, anda bukan sahaja dapat bina jenama bisnes untuk jangka masa panjang. Tetapi, anda juga dapat convert trafik yang berkualiti masuk ke dalam website untuk bantu naikkan lagi jualan website Ecommerce.

Kalau ada sebarang soalan nak tanya berkaitan topik ini, boleh terus tinggalkan komen dekat bawah beserta soalan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *