Struktur Sales Page Yang Mudah Convert Khusus Untuk E-Commerce

Pernah tak anda masuk ke mana-mana website, anda nampak dalam website tersebut mempunyai maklumat lengkap berkenaan produk dari segi deskripsi, video, testimoni, gambar produk dan yang paling menariknya, semua info ini diletakkan di dalam 1 page sahaja. 

Kemudian, anda mula cuba untuk design page bagi produk anda seperti website yang anda nampak tadi tetapi hasilnya tidak seperti yang anda jangkakan. Mesti anda merasa tertanya-tanya bagaimana website tersebut boleh nampak menarik walaupun info yang padat semuanya di letakkan di dalam 1 page.

Sebenarnya, website tersebut nampak kemas kerana pemilik website tersebut tahu apakah struktur sales page yang mudah convert khusus untuk E-commerce. 

Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan sales page ini?

Sales page adalah sebuah landing page yang mana ianya bertujuan untuk terus menjual produk/servis yang anda ingin tawarkan dan prospek terus dapat membuat pembayaran di dalam page tersebut.

Untuk pastikan sales page anda mampu menarik perhatian pelanggan, anda perlu lah mempunyai flow sales page terlebih dahulu. Flow sales page ini akan terbahagi kepada 2 jenis sama ada Direct Menjual atau Story Driven.

Kebanyakan pemilik bisnes akan menggunakan flow AIDA dalam proses untuk membina struktur sales page yang mudah convert.

Apa yang dimaksudkan dengan AIDA?

AIDA adalah singkatan dari A- Attention, I- Interest, D- Desire dan A- Action. 

A- Attention

Elemen Headline

Yang pertama, anda wajib buat Headline yang boleh menarik perhatian prospek. Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan Headline Hook atau Headline Solution.

Contoh, 

Situasi/ Angle yang digunakan:
Nak bantu usahawan membuat Sales Page yang convert atau boleh menjual. 

Headline Hook : 

Jualan Naik 5x Ganda Tanpa Sebarang Kos Tambahan Dengan Teknik Rahsia Ini! 

Headline Solution : 

4 Langkah Proven Untuk Naikkan Conversion Rate Sales Page 5x Ganda

Jika anda lihat, dua-dua jenis hook ini membawa maksud yang sama iaitu untuk meningkatkan conversion rate = tingkatkan jualan. 

Karakter Headline Hook lebih kepada menarik perhatian atau HYPE. Manakala karakter Headline Solution lebih kepada terus terang. 

Tapi perhatikan kepada jenis ayat yang digunakan; Jualan vs Conversion Rate. Di mana perkataan Jualan lebih mudah faham untuk beginner, dan perkataan Conversion rate lebih dekat dengan pengguna yang sudah ada asas yang baik dalam E-commerce. 

Jadi di sini, anda kena pastikan jenis customer anda yang bagaimana. Sama ada pelanggan anda adalah yang zero atau sudah ada produk knowledge. Atau erti kata lain, beginner atau advance. Jika beginner, gunakan Headline Hook, jika advance gunakan Headline Solution

Pastikan anda gunakan ayat yang sesuai untuk level customer anda. Jika beginner, elakkan penggunaan bahasa yang teknikal atau jargon. Gunakan bahasa yang general dan mudah faham.

Elemen Sub-Headline 

Sub-Headline ini biasanya anda letakkan sebelum atau selepas Headline. 

Contoh,

Headline : Jualan Naik 5x Ganda Tanpa Sebarang Kos Tambahan Dengan Teknik Rahsia Ini! 

Sub-headline : Khusus untuk usahawan online yang ingin tingkatkan jualan website

I- Interest

Tujuan pada bahagian Interest adalah untuk membina interest (minat) dari prospek untuk membeli produk yang anda ingin tawarkan.

Di sini anda boleh menggunakan 2 kaedah iaitu Flow Direct Menjual atau Flow Story Driven

Flow Direct Menjual ini sesuai digunakan untuk produk straight forward dan mudah faham Story. Contoh produk straightforward adalah seperti makanan, minuman, pakaian, permainan.

Bagi Flow Story Driven pula, ianya sesuai untuk produk yang teknikal dan memerlukan anda untuk educate customer. Antara contoh produk bukan straightforward adalah software, servis teknikal, produk skincare dan juga kecantikan.

D- Desire

Pada fasa ini tujuannya adalah untuk menimbulkan keinginan prospek untuk mendapatkan produk anda.

Cara yang paling terbaik adalah dengan menunjukkan result atau testimoni pelanggan sedia ada. 

Elemen Testimonial 

Berikan testimonial yang betul dan bukan dibuat-buat. Jika tiada testimoni, minta dari pelanggan sedia ada. Letakkan minimum 3 testimonial yang paling hebat dari pelanggan sedia ada. 

Bagaimana nak dapatkan testimonial jika masih tiada testimonial dari pelanggan? 

Contoh, 

“Salam puan/tuan, terima kasih kerana dah dapatkan produk X. Untuk kami tingkatkan lagi kualiti produk dan servis kami, boleh tuan/puan berikan sedikit feedback hasil dari penggunaan produk X?”

Jika masih lagi tiada customer, boleh berikan sample kepada beberapa orang terdekat dan dapatkan direct feedback dari mereka. 

Testimoni yang terbaik adalah dalam bentuk video. Jika mampu letakkan video, jika tidak gunakan gambar sahaja pun boleh.

Elemen Results 

Selain testimonial, anda boleh gunakan Elemen Results untuk menambahkan keinginan serta keyakinan prospek untuk mendapatkan produk anda.

Contoh, 

Dengan bantuan produk X, Lisa dapat menggandakan jualan 2x ganda tanpa sebarang kos tambahan. Berikut adalah screenshot hasil jualan website Lisa.

A- Action

Fasa terakhir adalah Call-to-Action (CTA). Dimana di sini anda bawakan prospek ke fasa yang seterusnya. 

Contoh,

Express Checkout (terus buat pembayaran) 

Product/Category Page (jika ada variasi produk) 

Isi borang pendaftaran untuk Leads

Butang Whatsapp 

Elemen Harga 

Harga produk mestilah jelas dan terang. Tanpa sebarang caj tersembunyi untuk mengelakkan prospek rasa tertipu.

Elemen Button 

Letakkan satu button CTA yang besar dan jelas. Gunakan warna button yang terang dan warna tulisan yang kontra. 

Contoh,

Button kuning tulisan hitam. 

Button oren tulisan putih.

Elemen FAQ 

Pada section Frequently Ask Question (FAQ), di sini anda boleh masukkan segala maklumat untuk menjawab persoalan dan objection dari prospek. Anda boleh masukkan FAQ dengan menggunakan Accordion Generator untuk memudahkan maklumat di tunjukkan dengan kemas dan jelas. 

Link FAQ Accordion Generator: Klik Sini

Elemen Disclaimer/Policy 

Pastikan anda memasukkan Disclaimer atau polisi website anda untuk mengelakkan iklan anda di disabled oleh Facebook atau Google.

Untuk polisi yang lebih jelas seperti Privacy Policy, Return/Refund Policy, biasanya anda boleh masukkan ke dalam Footer Menu untuk memudahkan pembacaan.

Dengan konsep AIDA, pastikan anda memenuhi flow ini dari awal sehingga tamat. Sales Flow adalah sangat penting dalam proses membuat jualan di mana anda yang menggerakkan arah perjalanan prospek anda dari yang tak kenal langsung tentang produk / brand anda, menjadi seorang pelanggan. 

Boleh lihat contoh struktur Sales Page lengkap yang telah dibina menggunakan Features Sales page drag & drop builder yang ada di dalam Plan Standard dan ke atas dan mempunyai Conversion Rate 5% – 8% disini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *