Tips Memilih Domain Name Untuk Website Ecommerce Anda

Nak tahu cara terbaik untuk pilih domain name untuk website ecommerce anda?

Bila dah ada website ni, anda mesti lah kena ada domain name untuk website tersebut pula.

Tapi, anda mesti nak tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan domain name ni, betul tak?

Okay, domain name ni kan alamat ataupun url pada website kita. Contohnya, anda masuk ke website Shoppegram ni.

Kalau anda perasan, url website ni tulis https://shoppegram.com. Jadi, shoppegram.com adalah domain name untuk website Shoppegram. Alamat kepada website lah kiranya. 

Jadi, penting sangat ke nak ada domain name ni?

Jawapannya adalah Ya!

Supaya orang ramai akan lebih mudah ingat nama brand anda. Jadi, senang lah dorang nak buat carian nama website korang di enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo.

Dalam artikel kali ini, saya akan share cara nak pilih domain name untuk website ecommerce anda.

Yang pertama sekali, anda kena pastikan nama domain website anda pendek dan mudah nak ingat dan senang nak disebut.

Bila guna domain name yang pendek ni, prospek lagi mudah nak ingat dan senang nak taip nama website di google nanti.

Kalau domain name anda panjang sangat, percentage prospek salah taip nama website anda sangat tinggi.

Bila dah salah taip domain name website kita ni, mereka akan mula nampak simbol website error.

Maksudnya, website anda ini tidak dapat nak di akses masuk langsung. Boleh jadi juga mereka akan dibawa masuk ke dalam website orang lain juga.

Cuba bayangkan kalau anda guna domain name seperti gadgetiphonemurahmalaysia.com, tak ke nama ni terlampau susah sangat untuk diingat?

Kita sendiri sebagai seller pun boleh tersalah taip nama domain kalau dah terlampau panjang ni.

Yelah, possible je kalau kita tertinggal nak taip perkataan iphone dalam domain name waktu nak search website sendiri nanti.

Jadi, macam mana nak pastikan domain name yang anda pilih tu pendek dan senang nak ingat?

Okay, contoh la kan anda buat bisnes fesyen. Anda boleh sahaja letak nama brand bisnes sendiri sebagai domain name.

Maksudnya, kalau nama brand pakaian anda adalah ByTisha, anda guna sahaja nama ByTisha sebagai domain name website.

Jadi, prospek akan mudah nak ingat nama website sebab nama tersebut sendiri melambangkan jenama bisnes anda.

Yang kedua, pastikan nama domain anda tidak ada simbol yang pelik-pelik (hyphen)

Contohnya macam nama website ini, https://natural-oil.com.

Kalau anda perasan, dalam domain name website ni ada simbol ( – ).

Haaa, yang simbol dash ilah kita panggil sebagai simbol hyphen. Simbol ni bukannya tak boleh nak guna langsung dalam domain name website.

Boleh sahaja kalau anda nak gunakan. Tetapi, ianya tak digalakkan sebab akan nampak seperti tidak berapa professional.

Kenapa saya cakap tak digalakkan sangat?

Sebab nya, dalam url biasanya simbol hyphen ni akan terletak di bahagian belakang domain untuk sesuatu page/post.

Jadi, bila domain name kita sendiri pun dah ada simbol ni, akan nampak pelik pula url website ecommerce anda.

Customer pula akan anggap website anda ini adalah website scammer. Mula lah mereka tidak ada trust untuk buat pembelian dalam website nanti.

Yang ketiga, anda boleh gunakan kata kunci ataupun keywords dalam industri sebagai domain name.

Walaupun domain name yang ada heavy keywords ini tak bagi jaminan yang website kita akan berada di high search ranking, maksudnya, kalau prospek cari nama website korang di enjin carian, nama website korang akan terus ada dalam top list.

Tapi, dengan adanya kata kunci keywords yang relevan dalam domain name ni, sebenarnya ia dapat juga membantu website anda senang dijumpai oleh prospek dekat enjin carian macam Google, Yahoo dan lain-lain.

Sebab itulah, anda kena cari domain name yang ada kaitan dengan niche atau bisnes anda.

Contohnya kalau anda jual mug yang boleh custom. Anda boleh guna perkataan ‘mug’ sebagai keywords dalam domain name website nanti.

Andai kata lah jenama bisnes korang adalah Olive. Domain name yang anda boleh guna adalah seperti olivemugs.store ataupun olivecustommugs.store. 

Ataupun nak paling senang lah kan, anda guna je terus keywords tersebut sebagai domain name website.

Jadi, domain name website anda akan jadi seperti ini, custommugs.store.

Secara tak langsung, bila prospek baca je domain name website, mereka akan terus tahu,

“Oh.. website ni jual mug yang kita boleh custom sendiri design”

Kalau dah memang kebetulan prospek tersebut memang tengah cari produk, anda dah boleh dapat sales dari situ.

Ini sebenarnya salah satu praktis dalam SEO yang mana ia akan dapat bezakan jenama anda dan buatkan website anda lebih tinggi dalam enjin carian nanti.

Akhir sekali, pastikan anda gunakan domain .com.

Setiap website ada top level domain (TLD) yang sendiri. Ada banyak jenis TLD yang kita boleh gunakan.

Contohnya seperti .com, .net, .biz, .edu dan sebagainya. Tapi, dekat Malaysia ni, TLD yang paling banyak orang guna adalah .com.

Anda mesti nak tahu kan kenapa pula orang selalu guna domain name .com berbanding TLD yang lain?

Okay, domain name.com ni sebenarnya dah ada credibility yang tinggi. Maksudnya, domain name .com ni dah umum dekat seluruh dunia.

Bila orang nak check sesuatu dekat laman web, mereka ada tendency untuk taip .com dulu.

Sebab itulah, kalau anda nak pilih domain name, pastikan domain name .com jadi pilihan utama.

Kalau anda nak dapatkan domain name .com, korang boleh cuba survey di laman web seperti Exabytes, NameCheap dan Shinjiru nanti.

Kesimpulannya, apa yang saya kongsikan ini hanyalah basic guideline sahaja untuk anda pilih domain name untuk website ecommerce nanti.

Tak semestinya kalau anda tidak follow tips ini, domain name yang anda pilih nanti akan jadi salah. Sebab, domain name ni cuma salah satu komponen dalam website ecommerce sahaja.

Cuma, kalau anda tersilap pilih domain name nanti, dan nak tukar balik di kemudian hari, anda akan kena start over balik.

Nak kena keluarkan modal nak beli domain name baru lagi dan nak kena perkenal kan balik website dengan domain name baru dekat customer dan juga prospek pula.

Semua ni akan ambil masa yang agak lama. Tambah lagi kalau website anda baru nak dikenali oleh mereka.

Sebab itulah penting untuk korang pilih domain name yang betul untuk website ecommerce.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *